Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

GSF: Semua Peserta Ditahan, Termasuk Rakyat Malaysia Diyakini Selamat – KP SNCC
SEPANG, 2 Okt (Bernama) — Kesemua peserta misi Global Sumud Flotilla (GSF) termasuk rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel diyakini berada dalam keadaan selamat.
Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata pada ketika ini kesemuanya ditahan di atas kapal masing-masing.
“SNCC mengesahkan bahawa pihak tentera rejim Israel telah mengarahkan kapal menukar laluan dari Gaza mengikut arahan radio ke lokasi yang belum disahkan.
“… kami yakin semua delegasi kita diperlakukan dengan baik kerana apa saja maklumat yang kita terima adalah maklumat langsung daripada delegasi Malaysia di atas kapal dan juga delegasi bukan Malaysia yang kita hubungi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata setakat 10.44 pagi (waktu Malaysia) sejumlah 14 daripada 44 kapal flotila telah dipintas dan 201 daripada 497 orang peserta, termasuk 12 rakyat Malaysia dipercayai ditahan.
Sumber: BERNAMA