Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Amaran Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Malam Ini

Sofea
amaran hujan lebat
Kredit: Image FX

Amaran Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Malam Ini

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka akan melanda kebanyakan negeri sehingga jam 9 malam ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan cuaca itu akan melanda seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Labuan.

Di Kelantan, hanya daerah Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang yang terlibat.

Selain itu, di Terengganu, ia melibatkan daerah Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Manakala, daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang juga turut terlibat.

BACA: Cuaca Panas: Jangan Pernah Tinggal 6 Barang Ni Dalam Kereta

Di Selangor, hanya daerah Sabak Bernam diramal akan dilanda hujan lebat.

Beralih ke Sarawak, ia melibatkan daerah Kuching (Kuching), Serian (Serian), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau), Miri dan Limbang.

Bagi Sabah pula, daerah Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Kunak), Sandakan (Tongod, Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat dijangka terlibat.

Sumber: Malaysian Meteorological Department