Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Marinette Kapal Terakhir GSF Masih Berlayar, Selepas Hampir Semua Yang Lain Dipintas
Marinette kini menjadi kapal tunggal dalam misi Global Sumud Flotilla yang masih berlayar menuju ke Gaza selepas kapal yang lain dipintas Israel, semalam.
Berdasarkan data penjejak Global Sumud Flotilla, hanya Marinette yang masih berlayar manakala baki 41 buah lagi yang dijejaki telah disahkan atau dianggap telah dihentikan oleh Israel.
Menurut portal berita Siasat, kapal berkenaan berlayar menggunakan bendera Poland dan dinaiki seramai enam orang aktivis.
Kapal berkenaan dilapor bergerak pada kelajuan 3.78 knot dan berada di kedudukan 31°45.676′ N, 33°3.488′ E.
Terdahulu, Global Sumud Flotilla atau lebih dikenai sebagai GSF telah melancarkan misi pelayaran bagi menghantar bekalan makanan, ubat-ubatan dan mesej solidariti kepada rakyat Gaza yang berdepan krisis kemanusiaan akibat konflik dan sekatan berpanjangan.
Misi itu menyaksikan penyertaan hampir 500 orang aktivis dari pelbagai negara termasuk beberapa orang tokoh terkenal antaranya aktivis alam sekitar Greta Thunberg dan cucu Nelson Mandela, Mandla Mandela.
Berapa orang aktivis dari Malaysia turut menyertai misi tersebut antaranya penyanyi terkenal, Zizi Kirana dan tokoh wartawan dan penulis tersohor, Zainal Rashid Ahmad.
BACA: Lelaki Kongsi Suasana Di Pantai Gaza, Menanti GSF Dengan Penuh Harapan
BACA: Wisma Putra: 23 Rakyat Malaysia Ditahan Dalam Flotila Ke Gaza Selamat, Akan Dihantar Pulang
BACA: Lima Peguam Malaysia Berada Di Amman, Pastikan Delegasi GSF Malaysia Dapat Perlindungan
BACA: 11 Lagi Kapal Bawa Bantuan Sedang Berlayar Ke Gaza
Sumber: Global Sumud Flotila Tracker, Siasat