Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ustaz Firdaus Firabib Umum Letak Jawatan Imam, Pengerusi Masjid Al Busyra

Iqbal Yasir
Ustaz Firdaus Firabib letak jawatan
Gambar: Fb Firdaus Farabib

Ustaz Firdaus Firabib Umum Letak Jawatan Imam, Pengerusi Masjid Al Busyra

Ustaz Firdaus Farabib mengumumkan peletakan jawatan sebagai Imam dan Pengerusi Masjid Al- Busyra, Merbok Kedah di sini hari ini.

Perkara itu dikongsikan oleh beliau dalam satu hantaran di akaun Facebook rasmi miliknya.

“Dengan ini, saya akan meletakkan jawatan sebagai imam dan pengerusi masjid. Bukanlah satu perkara yang mudah selama tujuh tahun.

“Saya nak mengubah Masjid Al-Busra daripada Masjid Jamek Pekan Merbok, dan kemudian beralih menjadi Masjid Al-Busra Merbok,” katanya.

Tambahnya, beliau merakam jutaan terima kasih kepada pihak yang sentiasa memberi sokongan dalam apa jua perkara yang dilakukan olehnya.

“Dan sampailah sekarang saya cuba korbankan perasaan saya, hati saya, masa saya, wang ringgit saya untuk Masjid Al-Busra Merbok.

“Saya juga nak merakamkan jutaan terima kasih kepada Pejabat Agama yang sentiasa memberikan sokongan dan kepercayaan. Walaupun kita buat lebih daripada apa yang sepatutnya.

“Terima kasih kepada semua ahli-ahli kariah yang sentiasa memberikan kepercayaan kepada saya untuk menguruskan masjid ini selama ini. Walaupun saya bukan orang sini,” luahnya.

Dalam masa yang sama, beliau berharap segala usaha yang dibangunkan di masjid berkenaan dapat membina satu pengurusan kukuh dan melahirkan pegawai yang mampu menyambung tugas itu dengan lebih baik.

Sementara itu, Ustaz Firdaus menjelaskan sejak dari awal dia memasuki dunia TikTok, segala pemberian gift diinfakkan kepada masjid.

“Sejak daripada awal saya masuk ke dalam dunia TikTok, saya dah berjanji dengan jawatankuasa semua gift yang diberikan kepada saya, saya akan infak kembali kepada masjid.

“Alhamdulillah sejak daripada awal sampailah sekarang saya tidak pernah ambil satu koin ataupun satu sen pun dari gift dalam TikTok.

“Sekarang saya telah menyerahkan lebih daripada RM42,000 kepada masjid daripada gift TikTok. Dan saya berjanji saya akan terus infak gift TikTok saya kepada Masjid Al-Busha Merbok,”

Manakala kedainya Al-Busha Bistro, yang beroperasi di dalam masjid berkenaan akan berakhir pada 12 Oktober, sebelum diambil alih oleh pihak masjid.

Sumber: Facebook Firdaus Farabib

BACA: Ini Senarai 29 Pemain Dipanggil Sertai Harimau Malaya