Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

23 Rakyat Malaysia Naiki Pesawat Khas Ke Istanbul Hari Ini – PM Anwar

Sofea
23 rakyat malaysia
Kredit: Bernama

23 Rakyat Malaysia Naiki Pesawat Khas Ke Istanbul Hari Ini – PM Anwar

23 sukarelawan Malaysia akan dibawa menaiki pesawat khas dari Lapangan Terbang Ramon di Selatan Israel untuk ke Istanbul hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi taklimat mengenai usaha pembebasan aktivis dan sukarelawan Malaysia serta pelan damai Gaza yang disiarkan secara langsung di Facebook.

Menurutnya, mereka akan berada di Istanbul beberapa hari bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan pemulihan sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

“Alhamdulillah 23 rakyat Malaysia sekarang sedang menuju ke Lapangan Terbang Ramon di selatan Israel dengan pesawat khas dari Turkiye akan membawa mereka ke Istanbul.

“Rundingan saya dengan pihak ketua risikan Malaysia dan kedutaan besar Malaysia di Ankara, lebih baik mereka menginap di Istanbul sekitar satu hingga satu setengah hari untuk pemeriksaan kesihatan akibat trauma dan tekanan.

“Saya setuju dan mereka akan berlepas pulang mungkin esok malam atau lusa, itu kita sedang atur,” katanya.

BACA JUGA: Freedom Flotilla Dijangka Sampai Ke Gaza Dalam Tiga Hingga Empat Hari

Beliau juga menegaskan, perbincangan bukan sahaja meliputi keselamatan rakyat Malaysia dan Turkiye tetapi turut melibatkan sukarelawan dari negara lain termasuk Eropah.

“Kita tidak membatasi keselamatan rakyat Malaysia dan Turkiye sahaja, kita berbincang tentang semua termasuk Eropah dan lain-lain negara yang bersama rombongan Global Sumud Flotilla (GSF).

“Pada hemat saya mereka sangat berjaya dari sudut ini, kerana mereka tahu tidak begitu mudah untuk sampai tetapi mereka telah memberikan sumbangan yang besar dari segi kesedaran kepada ratusan juta rakyat di dunia,” katanya.

Terdahulu, 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi GSF untuk memberikan bantuan kepada Palestin telah ditahan selepas kapal mereka dipintas oleh Israel.

Selain Malaysia, aktivis dari negara lain termasuk Eropah turut ditahan dan kini dalam rundingan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

Bagaimanapun, perjuangan tidak terhenti apabila beberapa lagi kapal Flotilla meneruskan misi untuk belayar ke Gaza.

Sumber: Anwar Ibrahim