Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

“Haunted Highlands” Tawar Pengalaman Rumah Hantu di Puncak Genting Mulai 10 Oktober Ini

Nur Farra

Mulai 10 Oktober hingga 9 November 2025, pengunjung boleh menikmati pelbagai tarikan seram, pengalaman mistik dan persembahan yang pasti membuat bulu roma meremang di Genting Highlands.

Apabila senja menjelma, Gohtong Way bertukar wajah, dihiasi labu seram, jaring labah-labah, figura hantu dan tanglung merah yang berkelipan, mencipta suasana penuh misteri. Pengunjung akan menyeberangi “Jambatan Sesat” menuju ke alam sumpahan Meng Po, penjaga bawah tanah yang menanti di sebalik kabus.

Rumah hantu kali ini menjanjikan cabaran berani mati, lokasi asal Crazy 88s Cocktail Den kini berubah menjadi lorong seram yang menyingkap kisah cinta tragis dan pengantin yang hilang. Dengan sekeping kad jemputan misteri, pengunjung perlu menyelesaikan petunjuk tersembunyi untuk memulihkan sumpahan, atau selamanya terperangkap di alam gelap.

Rumah Hantu ini dibuka setiap hari dari jam 5 petang hingga 11 malam, dengan tiket berharga RM28 seorang, dijual di kios Skytropolis Indoor Theme Park, Lakeside Market dan lokasi terpilih.

Jangan lepaskan Perarakan Mayat Hidup (Dead Man March-ing) setiap Khamis hingga Sabtu, lengkap dengan muzik, watak menyeramkan dan persembahan mengejutkan.

Masuk ke Haunted Highlands adalah percuma, dengan akses melalui SkyAvenue Gateway, Zouk Atrium, Park Avenue Lounge dan Arena of Stars.

Untuk maklumat lanjut, layari rwgenting.com