Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Kapal FFC Dipintas, Anwar Gesa Semua Aktivis Malaysia Dibebaskan

Sofea
anwar gesa aktivis dibebaskan
Kredit: Bernama

Kapal FFC Dipintas, Anwar Gesa Semua Aktivis Malaysia Dibebaskan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut agar kesemua aktivis dan sukarelawan Malaysia dibebaskan dengan segera selepas kapal misi misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG) dipintas Israel.

Menerusi kenyataan di media sosial miliknya, Anwar turut mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa.

“Saya dimaklumkan bahawa kapal misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG) yang turut membawa rakyat Malaysia telah dipintas secara tidak sah di perairan antarabangsa oleh tentera Israel sekitar jam 10.50 pagi waktu Malaysia.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokatif dan melanggar undang-undang antarabangsa ini. Tindakan menahan kapal kemanusiaan yang membawa bantuan untuk rakyat Gaza adalah tidak berperikemanusiaan dan mencabuli prinsip asas hak asasi manusia serta maruah kemanusiaan sejagat,” katanya.

BACA JUGA: Misi Kemanusiaan FFC Ke Gaza Telah Dipintas

Anwar juga menuntut agar kesemua aktivis tidak diapa-apakan sepanjang tempoh tahanan dan diberikan perlindungan sewajarnya.

Kerajaan MADANI akan berusaha sedaya upaya melindungi setiap nyawa anak Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini dan akan berhubung dengan negara-negara rakan dan pertubuhan antarabangsa bagi memudah cara pembebasan mereka sesegera mungkin.

Misi FFC kali ini menyaksikan lapan wakil Malaysia berada dalam kapal Conscience yang berlepas dari Porto Otranto, Itali pada 30 Sept lepas diketuai Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, tiga doktor iaitu Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman dan Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi.

Turut serta berada di atas kapal berkenaan dua pensyarah Prof Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro Awani Syafik Shukri Abdul Jalil.

Sumber: Anwar Ibrahim