Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki ‘Lahap’ 3kg Gula-Gula Jeli Dimasukkan Ke ICU

Iqbal Yasir
lelaki lahap jeli dimasukkan icu
Gambar: Oddity Central

Lelaki ‘Lahap’ 3kg Gula-Gula Jeli Dimasukkan Ke ICU

LONDON — Seorang pemandu lori, 33, dari United Kingdom terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit perut teruk akibat memakan lebih 3 kilogram (kg) gula-gula jeli dalam masa tiga hari, lapor Oddity Central.

Difahamkan, lelaki yang dikenali sebagai Nathan Rimington, membeli makanan itu dalam sebuah platform e-commerce.

Gara-gara mengidam gula-gula itu, dia menelan makanan itu yang dianggarkan bersamaan 10,461 kalori.

Bagaimanapun, dia kemudiannya mengalami simptom seperti sakit perut teruk, berpeluh berlebihan, tekanan darah tinggi dan peluh sejuk.

Menurut laporan media tempatan, Rimington dibawa ke unit kecemasan hospital berhampiran selepas keadaannya semakin serius.

Pada awalnya, doktor mengesyaki dia mengalami keracunan makanan, namun hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat paras gelatin yang sangat tinggi di dalam sistem penghadamannya.

Selepas beberapa siri ujian, Rimington disahkan menghidap divertikulitis akut, sejenis penyakit yang berlaku apabila kantung kecil (divertikula) terbentuk pada dinding kolon dan menyebabkan keradangan atau jangkitan.

Rimington dilaporkan ditahan di unit rawatan rapi (ICU) selama enam hari termasuk terapi cecair intravena akibat demam tinggi dan kesakitan yang berterusan sebelum pulih sepenuhnya.

Pakar perubatan mendedahkan pengambilan gelatin secara berlebihan boleh meningkatkan risiko gangguan usus dan penyumbatan saluran pencernaan.

Antara simptom lazim termasuk demam, menggigil, senak, muntah, serta sakit perut berpanjangan di bahagian kiri bawah abdomen.

Sumber:

Oddity Central