Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Pelik, Rupanya Ini Sebab Kucing Selalu Celup Dulu Air Sebelum Minum

Azzwin
kucing celup air
Sumber: ImageFX

Pelik, Rupanya Ini Sebab Kucing Selalu Celup Dulu Air Sebelum Minum

Kucing ialah haiwan yang penuh rasa ingin tahu dengan pelbagai tingkah laku dan tabiat yang aneh. Sama seperti anak-anak kecil, kucing kadangkala lebih teruja bermain dengan kotak hadiah daripada mainannya sendiri. Letakkan saja kotak kosong, walau sekecil mana pun, pasti ia akan cuba menyelit masuk ke dalamnya.

Adakalanya juga, kucing kelihatan terlalu berhati-hati apabila menghampiri mangkuk minuman, seolah-olah ia sesuatu yang mencurigakan. Malah, haiwan comel itu juga sering mencelupkan kaki mereka terlebih dahulu ke dalam air, seolah-olah memeriksa sesuatu.

Namun, tingkah laku tersebut sebenarnya mempunyai sebab yang tersendiri. Ikuti perkongsian di bawah ini.

Tabiat aneh si bulu

Menurut pakar tingkah laku kucing, Pam Johnson-Bennett, terdapat pelbagai faktor yang mendorong kucing membasahkan tapak kakinya. Antaranya berkaitan dengan kepekaan misai mereka. Jika kucing menundukkan kepalanya sebelum mengetahui seberapa dalam atau ceteknya mangkuk minuman, ia mungkin akan rasa tidak selesa apabila misainya menyentuh bahagian tepi atau dasar mangkuk.

Bagi mengelakkan ketidakselesaan, kucing akan menilai keadaan mangkuk minuman tersebut menggunakan tapak kakinya seperti sudu lalu menjilat air daripadanya.

Kucing juga tidak gemar mangkuk minuman yang dalam kerana apabila ia menundukkan kepala ke dalam mangkuk untuk minum, pandangan terhadap persekitarannya menjadi terhad. Ia berasa tidak selamat, terutamanya jika tinggal di dalam rumah yang banyak kucing.

BACA: 8 Cara Atasi Kutu Kucing Dengan Berkesan

Sekiranya mangkuk minuman diletakkan terlalu hampir dengan dinding, hal ini mendorong kucing untuk menggunakan helah kaki sebagai ‘sudu’. Jika tidak, ia terpaksa membelakangi ruang bilik untuk minum daripadanya.

Riak yang terbentuk di atas permukaan air juga menjadi antara sebab kucing mencelupkan tapak kakinya ke dalam mangkuk minuman. Terdapat dua sebab ia menarik perhatian kucing iaitu secara nalurinya, kucing cenderung memilih air yang mengalir, kerana air yang bertakung berpotensi membawa bahaya.

Selain itu, kucing berbuat demikian mungkin sekadar untuk tujuan hiburan atau bermain-main.

Cara menghentikan kucing dari mencelupkan kaki ke dalam mangkuk minuman

Jika anda tidak senang dengan tabiat ini, anda boleh cuba menggunakan mangkuk minuman yang lebar dan cetek untuk mengurangkan ketidakselesaan pada misainya. Kalau tabiat tersebut berpunca daripada kucing yang berasa tidak selamat, cuba sediakan beberapa mangkuk minuman di sekitar rumah agar setiap kucing ada ruang minum sendiri.

Namun, jika ia dilakukan untuk mendapatkan rangsangan atau hiburan, mungkin si bulu perlukan lebih masa untuk bermain dan beraktiviti.

Dalam keadaan tertentu, kucing mungkin mencelupkan kaki ke dalam mangkuk minuman disebabkan penglihatan yang kurang jelas akibat faktor usia atau masalah kesihatan.

Pemeriksaan oleh doktor haiwan disarankan jika ada keraguan, namun secara umum, tabiat mencelupkan kaki ke dalam mangkuk minuman hanyalah tingkah laku biasa seekor kucing.

BACA: 10 Cara Bijak Guna Kereta Elektrik (EV) Supaya Lebih Lancar, Jimat dan Mesra Alam

BACA: Senarai 10 Negara Paling Bahagia Di Asia 2025

BACA: Petua Simpan Sayur Dalam Peti Ais, Dua Minggu Masih “Fresh”

Sumber: Mental Floss, Paws Chicago, Union Lake Veterinary Hospital