Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Hujan Lebat Dijangka Landa 8 Negeri Petang Ini

Sofea
hujan lebat
Kredit: Bernama

Hujan Lebat Dijangka Landa 8 Negeri Petang Ini

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka akan melanda lapan negeri sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa keadaan cuaca itu akan melanda seluruh negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Sementara itu, di Perak, hanya daerah Hulu Perak sahaja dijangka terlibat.

Manakala. di Kelantan pula hanya melibatkan daerah Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.

Di Terengganu, daerah Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman dijangka terlibat.

Beralih ke Pahang, ia melibatkan daerah Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin.

BACA JUGA: 9 Barang Yang Tak Patut Dicuci Guna Cuka, Ini Sebabnya

Di Sarawak, hujan lebat diramal akan melanda daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Mukah (Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia