Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Majlis Perkahwinan Tema Liverpool Curi Perhatian, Tetamu Wajib Pakai Jersi

majlis tema perkahwinan liverpool
Gambar: Wolipop

Majlis Perkahwinan Tema Liverpool Curi Perhatian, Tetamu Wajib Pakai Jersi

JAKARTA — Baru-baru ini, tular sebuah majlis perkahwinan unik yang bertemakan kelab bola sepak terkenal dari England, Liverpool di Jatinegara, Indonesia.

Majlis resepsi yang berkonsepkan Kick-Off Wedding itu berlangsung di Padang Mini Soccer Arena Dirgantara.

Menurut Suryo, bapa kepada pengantin perempuan, Auliya Pramesthya (Thya), idea tersebut tercetus apabila dia ingin menampilkan sesuatu yang berbeza daripada resepsi kebiasaan.

“Saya sudah bosan dengan konsep majlis biasa. Saya mahu sesuatu yang lebih santai dan menyeronokkan. Kebetulan saya peminat tegar Liverpool, jadi saya pilih konsep bola sepak ini,” katanya.

Tetamu Wajib Pakai Jersi

Lebih mencuri tumpuan, tetamu yang hadir juga diwajibkan memakai jersi, mengikut kelab pilihan masing-masing.

Kata Suryo, ia bagi mewujudkan suasana meriah dan santai di atas padang hijau, berbanding majlis perkahwinan biasa.

Majlis berkenaan turut menampilkan dekorasi khas The Red dengan gerbang utama dihias menggunakan belon merah dan putih berbentuk gawang gol bertulis “You’ll Never Walk Alone.”

 majlis tema perkahwinan liverpool
Gambar: Wolipop

Malah, reruai khas berhampiran gawang, lengkap dengan standee bintang Liverpool, Mohamed Salah, bagi memeriahkan suasana.

“Saya kasihan tengok golongan wanita yang perlu bersiap dua jam, pakai kebaya dan kasut tumit tinggi. Jadi, biarlah semua orang datang dengan pakaian yang lebih santai dan seronok,” tambahnya.

Selain pakaian, makanan yang disajikan juga berbeza daripada majlis biasa. Antara menu yang disajikan termasuk pesta durian, ais podeng, empek-empek, nasi kebuli dan ramen, menggantikan bufet tradisional perkahwinan.

Sementara itu, pasangan pengantin, Thya dan suaminya, Akbar Royyan mengakui pada awalnya mereka ragu-ragu dengan idea tersebut.

Bagaimanapun, mereka akhirnya berpuas hati dengan suasana majlis yang dianggap lebih santai dan penuh kenangan.

BACA: Proton e.MAS 5 Mencatat 1,607 Tempahan Dalam Tempoh 24 Jam Selepas Tempahan Dibuka

BACA: Polis Melaka Siasat Pacuan Empat Roda Tampal Pelekat Tulisan Bahasa Asing

Sumber: Wolipop