Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
ronaldo bilionair
Kredit: AFP

Ronaldo Pemain Bola Sepak Pertama Bergelar Bilionair, Ini Nilai Kekayaannya

Sofea

Ronaldo Pemain Bola Sepak Pertama Bergelar Bilionair, Ini Nilai Kekayaannya

Cristiano Ronaldo menjadi pemain bola sepak pertama yang bergelar bilionair selepas nilai bersih kekayaannya kini mencapai £1.04 bilion (RM5.8 bilion).

Memetik laporan BBC, perkara itu didedahkan oleh firma maklumat kewangan dan media, Bloomberg menerusi indeks Billionaire Bloomberg.

Penilaian kekayaan penyerang Portugal yang berusia 40 tahun itu mengambil kira pendapatan sepanjang kerjaya, pelaburan dan penajaan.

Bloomberg melaporkan bahawa Ronaldo telah memperoleh lebih daripada AS$550 juta (RM2.3 bilion) dalam bentuk gaji antara tahun 2002 hingga 2023, selain pendapatan daripada pelbagai perjanjian dan penajaan, termasuk kontrak selama 10 tahun dengan Nike bernilai hampir AS$18 juta (RM75 juta) setahun.

Ketika menyertai Al-Nassr dalam Liga Pro Saudi pada tahun 2022, Ronaldo dilaporkan menjadi pemain dengan bayaran tertinggi dalam sejarah bola sepak, dengan gaji tahunan sebanyak £177 juta (hampir RM1 bilion).

BACA JUGA: Ronaldo Tandatangan Kontrak Baharu, Termahal Dalam Sejarah

Kontrak asalnya dijadualkan tamat pada Jun 2025, namun beliau menandatangani lanjutan dua tahun lagi.

Nilai kontrak itu dilaporkan lebih AS$400 juta (RM1.6 bilion), yang akan mengekalkannya di kelab tersebut hingga selepas usia 42 tahun.

Pihak pengurusan Al-Nassr dilaporkan mahu mengekalkan Ronaldo bukan sahaja sebagai pemain, tetapi sebagai ikon utama bola sepak Asia Barat, bahkan selepas persaraannya kelak.

“Jika dia pergi, itu akan jadi tamparan besar kepada seluruh liga. Dia adalah permata kami sekarang, dan perlu dijaga pada apa jua kos,” ujar sumber itu lagi.

Ronaldo menyertai Al-Nassr pada penghujung 2022 selepas meninggalkan Manchester United, dan sejak itu menjadi tumpuan utama dalam kempen memperkenalkan Liga Pro Saudi ke pentas dunia.

Sementara itu, Lionel Messi dari Argentina yang kini bermain bersama Inter Miami, telah memperoleh lebih daripada AS$600 juta (RM2.5 bilion) dalam bentuk gaji sebelum cukai sepanjang kariernya, menurut Bloomberg.

Ini termasuk AS$20 juta (RM84 juta) dalam gaji tahunan tetap sejak 2023. Jumlah itu kira-kira 10% daripada jumlah pendapatan Ronaldo dalam tempoh yang sama.

Apabila bersara kelak, pemain berusia 38 tahun itu dijangka akan memiliki pegangan saham dalam kelab Inter Miami.

Sumber: BBC