Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Demam Piala Dunia masih belum kebah, dengan pasukan memasuki perlawanan pusingan ke-32 ketika ini.
Tapi dalam hype menonton perlawanan, perasan tak satu benda yang agak pelik tapi makin jadi trend dalam kalangan pemain?
Ada sesetengah stoking pemain kelihatan terkoyak atau berlubang pada bahagian belakang terutamanya di kawasan betis.
Persoalannya, ada apa disebalik trend ini dengan sengaja dipotong untuk menbentuk lubang pada stoking?
Betul ke ada sebab tertentu, atau sekadar ikut gaya je?
Apa pun pandangannya, ia jelas menunjukkan bahawa dunia bola sepak sentiasa berkembang, termasuk dalam perkara sekecil stoking.
Hari ini, SK akan mengupas lebih lanjut mengapa segelintir pemain bola sepak memilih untuk memotong lubang kecil pada stoking mereka.
Ramai pemain bola sepak sengaja melubangkan bahagian betis pada stoking perlawanan mereka, kononnya untuk melonggarkannya dan meningkatkan keselesaan, walaupun keberkesanannya masih diperdebatkan.
Beberapa pemain Australia menarik perhatian semasa perlawanan Piala Dunia 2026 menentang Amerika Syarikat apabila mereka memakai stoking yang dipotong lubang di bahagian betis.

Trend ini bermula kira-kira lapan tahun lalu dan telah diikuti oleh bintang seperti pemain sayap Arsenal, Bukayo Saka dan pemain tengah Bayern Munich, Leroy Sané, sekali gus menjadikannya semakin mendapat perhatian umum.
Menurut The Athletic, para pemain mengatakan tujuan utama adalah keselesaan.
Stokin biasanya diperbuat daripada poliester, iaitu bahan yang mengekalkan bentuk dan tahan terhadap penyerapan air, tetapi boleh terasa ketat.

Ramai pemain percaya bahawa memotong lubang dapat melegakan tekanan pada otot betis dan meningkatkan peredaran darah.
Bagi sesetengah pemain, amalan ini juga bersifat psikologi.
“Setiap perincian adalah tentang mencipta keselesaan maksimum untuk pemain,” kata bekas penyerang Liga Perdana Inggeris, Frank Nouble kepada The Athletic pada tahun 2023, menjelaskan mengapa pemain sanggup melakukan perkara sekecil itu demi keselesaan pada stokin mereka.
Trend ini bukan hanya berlaku dalam bola sepak. Ianya juga berlaku dalam sukan kriket.
Sesetengah pemain boling laju (fast bowler) dalam kriket juga memotong lubang pada kasut mereka untuk mengelakkan kecederaan lebam pada ibu jari kaki ketika mendarat selepas melontar bola.
Ketika berat badan dan momentum ke hadapan berhenti secara tiba-tiba, kaki akan meluncur ke hadapan dengan kuat di dalam kasut, menyebabkan ibu jari kaki berulang kali terhentak pada bahagian hadapan kasut dengan daya yang bersamaan beberapa kali ganda berat badan mereka.
Namun begitu, pakar perubatan bersikap skeptikal terhadap manfaat memotong stokin dalam bola sepak.
Dr. Rajpal Brar, seorang ahli fisioterapi dari Amerika Syarikat, berkata tiada bukti perubatan yang menunjukkan bahawa memotong lubang pada stokin dapat membantu mencegah kecederaan.
“Jika matlamatnya adalah untuk mengurangkan tekanan pada betis dari sudut perubatan, penyelesaian sebenar ialah menggunakan stokin kompresi semasa tempoh pemulihan antara perlawanan," ujarnya.
Stokin kompresi membantu meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan bengkak, tetapi menurut beliau, dalam bola sepak pemain sentiasa bergerak semasa perlawanan, jadi isu peredaran darah yang lemah sebenarnya bukanlah satu kebimbangan utama.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif jenama pakaian sukan Hummel, Allan Vad Nielsen, pula berkata sesetengah stokin secara tradisinya direka untuk ketat supaya logo jenama kekal jelas kelihatan.
Namun, kemajuan dalam teknologi bahan kini telah memperkenalkan zon kompresi dan panel mesh yang lebih bernafas, sekali gus mengurangkan keperluan pemain untuk memotong stokin.
“Mereka mempunyai kira-kira 400 pasang but, semuanya dibuat khas. Saya tidak percaya Nike atau penaja kit tidak mampu menghasilkan stokin yang sedikit lebih besar," katanya bekas pemain pertahanan England, Gary Neville.
Bagi bola sepak peringkat separa profesional, trend ini sebenarnya menimbulkan masalah kewangan.