Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Wanita Share Benda ‘Wajib’ Kena Buat Sebelum Keluar Thailand
Sebelum melancong ke mana-mana destinasi, lebih-lebih lagi kalau ini kali pertama anda ke sesuatu negara, persiapan rapi memang ‘wajib’. Bukan saja untuk elak kelam-kabut, tapi juga untuk pastikan perjalanan berjalan lancar tanpa masalah.
Selain tahu sedikit tentang budaya dan bahasa tempatan, yang paling penting adalah memahami undang-undang dan prosedur keluar-masuk negara itu.
Bayangkan, duit bercuti dah keluar banyak, tiba-tiba kena bayar denda atau saman sebab silap langkah. Tak best, kan?
Baru-baru ini, perkongsian seorang wanita yang baru pulang bercuti dari Thailand menarik perhatian ramai di media sosial.
Dalam video yang dikongsikan, wanita ini berada dalam keretanya, sedang berbaris di pos kawalan sempadan Thailand untuk keluar dari negara itu.
Dia turut menunjukkan sekeping surat dipercayai declaration form kereta yang perlu diisi oleh pelancong ketika keluar-masuk Thailand. Deklarasi ini wajib diisi untuk setiap kenderaan.
Menurut wanita ini, beberapa perkara perlu diberi perhatian supaya perjalanan pulang berjalan lancar:
1. Semak passport – Pastikan semua passport sudah dicop oleh pegawai imigresen sebelum meninggalkan pos kawalan.
2. Scan & pulangkan surat declaration form – Pegawai bertugas perlu scan barcode pada surat declaration form kereta sebelum anda serahkan semula borang itu dalam bakul yang disediakan.
3. Tuliskan nombor plat kenderaan – Di ‘buku biru’ yang disediakan, pastikan anda menulis nombor plat kenderaan dengan betul. Ini langkah berjaga-jaga yang sering pelancong lupa.
“Kami kena denda 10,000 baht (RM1,300) sebab katanya kami tak scan atau tulis buku masa keluar dulu,” jelas wanita itu.
Walaupun kadangkala prosedur imigresen kelihatan rumit dan membingungkan, persediaan awal dan perhatian pada detail boleh menjimatkan masa, tenaga, dan wang anda.
Pengalaman pelancong ini menjadi peringatan berguna untuk semua yang merancang bercuti ke Thailand atau mana-mana negara lain.
Ingat, sediakan payung sebelum hujan.
BACA: Berdekah Dengar Lelaki Nigeria Ni Bebel Pasal “Abang” e-Hailing Malaysia
BACA: Banyak Akal Budak Sekarang, Terus WS “Waibee” Nak Minta Tiang Gol
BACA: Ajar Anak Drive, Gelagat Si Ayah Cakap Bab Signal Buat Netizen Berdekah
Sumber: TikTok @imranazie96