Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

32 Tetamu Alami Loya, Muntah & Demam Selepas Makan Di Kenduri Kahwin

Athirah
32 Tetamu Alami Loya
Kredit: Detik

32 Tetamu Alami Loya, Muntah & Demam Selepas Makan Di Kenduri Kahwin

Seramai 32 penduduk di Majene, wilayah Sulawesi Barat, disyaki mengalami keracunan makanan selepas menikmati hidangan di sebuah majlis perkahwinan, lapor portal Detik.

Difahamkan, kesemua mangsa pusat kesihatan selepas mengalami simptom seperti loya, muntah dan demam.

“Jumlah keseluruhan mangsa yang disyaki mengalami keracunan makanan dalam kejadian ini direkodkan seramai 32 orang, terdiri daripada 20 lelaki dan 12 perempuan,” kata Ketua Balai Polis Malunda, Inspektor Antonius B kepada wartawan tempatan.

Menurut Antonius, kejadian bermula apabila penduduk menghadiri majlis perkahwinan itu pada Selasa lalu. Para tetamu kemudian menikmati hidangan yang disediakan di lokasi tersebut.

Sebahagian daripada mereka mula mengalami gejala seperti loya, muntah, sakit perut, menggigil diikuti demam pada keesokan harinya.

Gejala tersebut berterusan sehingga jumlah mangsa yang dibawa ke pusat kesihatan meningkat kepada 32 orang semalam.

“Jumlah pesakit meningkat kepada 32 orang dan salah seorang daripada mereka dirujuk ke Hospital Daerah Majene untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Tambah beliau lagi, pihaknya sedang menyiasat kes disyaki keracunan itu, malah telah meninjau lokasi majlis perkahwinan dan memantau keadaan mangsa di pusat kesihatan.

BACA: Pasukan Indonesia Gagal Ke Piala Dunia 2026, Penyokong Lancarkan Tanda Pagar #KluivertOut
BACA: Atuk Sanggup Tahan Sakit Kaki Bina Pondok Mainan Untuk Cucu, Hasilnya Memang Wow

Sumber: Detik