Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Atuk Sanggup Tahan Sakit Kaki Bina Pondok Mainan Untuk Cucu, Hasilnya Memang Wow

Athirah
atuk bina pondok mainan
Kredit: : @faizahnazu via TikTok
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Atuk Sanggup Tahan Sakit Kaki Bina Pondok Mainan Untuk Cucu, Hasilnya Memang Wow

Kasih seorang datuk sering kali tidak begitu menonjol seperti kasih ibu atau ayah, namun ia tetap tulus dan mendalam.

Di sebalik wajah yang mulai dimamah usia dan langkah yang semakin perlahan, tersembunyi segunung kasih sayang yang tidak bertepi buat cucu-cucunya.

Kasih seorang datuk bukan tentang hadiah atau kemewahan, namun tentang masa dan perhatian yang dicurahkan tanpa jemu.

Dalam kesederhanaannya, tersimpan kasih tulus yang sukar ditandingi. Datuk mungkin tidak mampu memberikan dunia, tetapi setiap detik bersamanya menjadi kenangan berharga.

Atuk bina pondok mainan untuk cucu

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang datuk yang sanggup membina pondok mainan daripada pelepah pokok kelapa dan beberapa batang kayu untuk dijadikan tempat bermain cucunya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @faizahnazu di TikTok, wanita itu memaklumkan bahawa bapanya mengalami sakit kaki, namun tetap gigih memotong dan mengangkat pelepah buluh untuk membina pondok berkenaan.

@faizahnazu turut menjelaskan bahawa bapanya tidak membenarkan sesiapa pun membantu ketika membina pondok mainan tersebut.

Lebih menghiburkan lagi apabila bapanya bukan saja membina pondok kecil itu dengan penuh ketelitian, malah turut menganyam pelepah satu persatu untuk dijadikan ‘bumbung’.

Difahamkan, datuk melakukan semua itu supaya cucu kesayangannya dapat bermain dengan selesa di dalam pondok kecil itu, yang kekal redup walaupun terik mentari menyinari halaman.

Video berdurasi 28 saat itu turut memaparkan hasil akhir pondok mainan yang siap sepenuhnya, memperlihatkan tiga kanak-kanak kelihatan gembira duduk di dalamnya.

Sikap dan kesungguhan datuk ini jelas menunjukkan bahawa kasih sayang tidak diukur dengan wang, tetapi melalui tindakan kecil yang mampu meninggalkan kenangan manis untuk seumur hidup.

Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memuji kesungguhan datuk itu yang sanggup menggembirakan cucunya walaupun sedang menahan sakit.

“Wah cantikkk,” komen seorang wargamaya.

“Dengan cucu apa je yang tak boleh… semua boleh,” komen lagi seorang wargamaya.

BACA: Pasukan Indonesia Gagal Ke Piala Dunia 2026, Penyokong Lancarkan Tanda Pagar #KluivertOut

Sumber: @faizahnazu via TikTok