Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pemenang Oscar, Diane Keaton Meninggal Dunia

Athirah
Diane Keaton Meninggal Dunia
Kredit: AFP

Pemenang Oscar, Diane Keaton Meninggal Dunia

Pelakon legenda Hollywood, Diane Keaton dilapor meninggal dunia pada usia 79 tahun pada Sabtu lalu, lapor AFP.

Bagaimanapun, butiran lanjut tidak didedahkan serta-merta dan ahli keluarga Diane Keaton memohon ruang privasi, kata seorang jurucakap keluarga kepada majalah People, yang mengesahkan aktres itu meninggal dunia di California.

Difahamkan, mendiang pernah memenangi Anugerah Oscar melalui filem “Annie Hall” (1977) dan wataknya dalam siri filem “The Godfather”.

Selain itu, Diane Keaton sering bekerjasama dengan pengarah Woody Allen, memegang watak utama dalam “Annie Hall” sebagai teman wanita menawan kepada watak komedi Allen, Alvy Singer.

Filem itu turut meraih Anugerah Oscar untuk filem terbaik, pengarah terbaik dan lakon layar asal terbaik, mengukuhkan kedudukan Diane Keaton sebagai salah seorang aktres terkemuka industri dan juga ikon gaya yang unik.

Mendiang turut mencipta nama dengan membintangi lapan filem arahan Allen, bermula dengan “Play It Again, Sam” (1972) hingga “Manhattan” (1979) dan “Manhattan Murder Mystery” (1993).

Dalam siri filem “The Godfather”, Diane Keaton melakonkan watak Kay Adams, teman wanita dan kemudiannya isteri kepada watak Michael Corleone yang dibawakan oleh Al Pacino.

AFP melaporkan bahawa Diane Keaton mempunyai dua orang anak angkat, iaitu Dexter dan Duke.

BACA: Anda Mungkin Alami Masalah ‘Ini’ Jika Tidur Terlalu Lama Setiap Hari
BACA: Pasukan Indonesia Gagal Ke Piala Dunia 2026, Penyokong Lancarkan Tanda Pagar #KluivertOut
BACA: Wanita Dijangkiti Parasit Selepas Percaya Petua Lama Untuk Hilangkan Sakit Belakang

Sumber: AFP via France 24