Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Hari Kegagalan Antarabangsa
Kredit: image FX

Disambut Setiap 13 Oktober, Kenali Sejarah Unik “International Day For Failure”

Athirah

Disambut Setiap 13 Oktober, Kenali Sejarah Unik “International Day For Failure”

Setiap insan yang hidup di dunia ini pasti pernah merasai kegagalan, malah ia adalah lumrah kehidupan yang tidak dapat dielakkan.

Kegagalan bukanlah tanda kelemahan, sebaliknya ia menjadi guru yang mengajar kita erti kesabaran, ketabahan dan usaha yang berterusan. Sering kali, kegagalan membuatkan seseorang berasa kecewa dan hilang semangat.

Namun, di sebalik rasa perit itu, tersembunyi peluang untuk memperbaiki diri dan menilai semula langkah yang telah diambil.

Individu yang berjaya bukanlah mereka yang tidak pernah gagal, tetapi mereka yang bangkit setiap kali jatuh dan menjadikan kegagalan sebagai batu loncatan menuju kejayaan.

Tidak ramai yang mengetahui bahawa Hari Kegagalan Antarabangsa disambut pada 13 Oktober setiap tahun, sebagai usaha menghargai peranan kegagalan dalam membentuk kejayaan dan ketahanan diri.

Justeru, kali ini SK ingin berkongsi kisah di sebalik penubuhan Hari Kegagalan Antarabangsa dan bagaimana hari istimewa ini disambut oleh masyarakat di seluruh dunia.

Kisah disebalik “International Day For Failure” (Hari Kegagalan Antarabangsa)

Menurut portal Days Of The Year, sekumpulan pelajar universiti di Finland telah mengenal pasti keperluan untuk meningkatkan usaha keusahawanan di negara itu.

Difahamkan, ketika itu ramai individu berdepan cabaran untuk memulakan perniagaan baharu kerana dibayangi rasa takut akan kegagalan.

Bagi mengubah persepsi tersebut, kumpulan pelajar berkenaan mencadangkan satu hari khas untuk meraikan dan belajar daripada kegagalan, dengan harapan dapat memberi inspirasi serta motivasi kepada masyarakat melalui perubahan sikap terhadap kegagalan.

Cadangan itu mendapat sambutan hangat dan menyebar luas melangkaui sempadan Finland, hingga menjadi perayaan antarabangsa.

Pada tahun 2012, Hari Kegagalan Antarabangsa diraikan di beberapa negara lain dengan sokongan daripada individu serta syarikat korporat yang mengiktiraf nilai pembelajaran daripada kesilapan.

Konsep ini berasaskan kepercayaan bahawa memahami dan berkongsi pengalaman kegagalan adalah penting untuk pertumbuhan dan kejayaan, kerana ia mendorong pengambilan risiko serta inovasi tanpa dibayangi ketakutan terhadap kegagalan.

Hari Kegagalan Antarabangsa kini disambut pada setiap 13 Oktober bagi bertujuan menghapuskan stigma terhadap kegagalan, mempromosikan sisi positifnya serta menekankan peranannya dalam mencapai kejayaan.

Hari istimewa ini juga menggalakkan orang ramai berkongsi kisah peribadi tentang kejatuhan dan kebangkitan semula, sekali gus memupuk dialog global yang menonjolkan nilai sebenar pengalaman serta daya tahan manusia.

Selain itu, ia menjadi peringatan bahawa kegagalan bukanlah kekalahan, tetapi batu loncatan menuju kejayaan.

Cara menyambut Hari Kegagalan Antarabangsa

Menurut portal Days Of The Year, terdapat pelbagai cara untuk menyambut Hari Kegagalan Antarabangsa yang diraikan setiap tahun pada 13 Oktober.

Raikan “Oops” (Festival Kegagalan)

Program ini menggalakkan semua peserta berkongsi kisah kegagalan mereka yang lucu atau memberi pengajaran.

Ia menjadi cara santai untuk belajar daripada kesilapan orang lain dan menyedari bahawa setiap individu pasti pernah tersilap langkah.

Berani bermimpi dan gagal

Cabaran yang hampir pasti gagal juga boleh menjadi aktiviti menarik. Contohnya, membina jambatan daripada spaghetti atau mencuba mencatat rekod dunia di halaman rumah.

Tujuan utama bukanlah untuk berjaya, tetapi untuk berseronok dalam percubaan. Fokus diberikan kepada proses dan pengalaman, walaupun hasilnya tidak sempurna.

Bengkel “Fail Forward”

Bengkel khas boleh dianjurkan untuk membolehkan peserta belajar kemahiran baharu tanpa rasa takut gagal.

Antara contohnya termasuk melukis tanpa perancangan atau menulis kod untuk permainan mudah.

Aktiviti ini menekankan pembelajaran dan penemuan, bukannya kesempurnaan, sekaligus membantu individu memperluas batasan diri dan menghargai proses pembelajaran.

Menonton filem gagal di pawagam

Sebuah malam menonton filem yang pernah menjadi box office flop juga boleh dijadikan aktiviti menarik.

Peserta boleh membincangkan apa yang tidak menjadi dan apa yang boleh diperbaiki. Aktiviti ini menunjukkan bahawa walaupun projek besar gagal, kehidupan pengarah, pelakon, dan kru tetap diteruskan.

BACA: Pertempuran Di Sempadan Pakistan-Afghanistan Ragut Puluhan Nyawa

Sumber: Days Of The Year