Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kenyataan Rasmi JDT Racing Team Berhubung Insiden Hafizh-Zaqhwan

Hannah
Insiden Hafizh Zaqhwan
Gambar: JDT Racing Team

Kenyataan Rasmi JDT Racing Team Berhubung Insiden Hafizh-Zaqhwan

Johor Darul Ta’zim (JDT) Racing Team hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden yang melibatkan pelumba pasukan mereka, Hafizh Syahrin, dan pelumba Honda Racing Malaysia, Zaqhwan Zaidi, ketika perlumbaan ASB1000 Race 2 Kejuaraan Motosikal Asia (FIM Asia Road Racing Championship) 2025.

Menurut kenyataan itu, pihak Race Direction telah meneliti insiden berkenaan secara menyeluruh dan membuat keputusan muktamad. Tindakan penalti yang sewajarnya telah dikenakan mengikut peraturan kejohanan yang ditetapkan.

JDT Racing Team menjelaskan bahawa kedua-dua pasukan, JDT Racing Team dan Honda Racing Malaysia, telah mencapai penyelesaian secara baik serta mengekalkan rasa hormat dan profesionalisme antara satu sama lain.

Insiden tersebut disifatkan tidak disengajakan, sebaliknya berlaku akibat situasi perlumbaan yang sengit dan kompetitif, yang sememangnya menjadi lumrah dalam dunia sukan permotoran.

JDT Racing Team turut menegaskan bahawa keselamatan, integriti dan semangat kesukanan kekal menjadi keutamaan mereka. Pasukan juga akan terus bekerjasama rapat dengan pihak penganjur bagi memastikan standard tertinggi perlumbaan sentiasa dipatuhi.

Dalam pada itu, JDT Racing Team menyeru semua pihak untuk terus memberikan sokongan padu kepada pelumba-pelumba Malaysia yang bersaing dalam kejohanan ini, agar mereka dapat mengharumkan nama negara dengan semangat juang dan kebanggaan di pentas Asia.

Gambar: JDT Racing Team

BACA: Pearly Tan-M. Thinaah Tebus Kekecewaan, Juara Terbuka Artik 2025

Sumber: JDT Racing Team