Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KPM Tubuhkan Jawatankuasa Khas Siasatan – Fadhlina 

Iqbal Yasir
KPM Tubuhkan Jawatankuasa Khas fadhlina
Gambar: Bernama

KPM Tubuhkan Jawatankuasa Khas Siasatan – Fadhlina

PUTRAJAYA — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi meneliti semua aspek berkaitan kes seorang murid yang dilaporkan maut di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya di Selangor pada Selasa hari ini.

Menterinya Fadhlina Sidek dalam satu kenyataan berkata pasukan kaunselor serta guru bimbingan dan kaunseling telah digerakkan ke sekolah terlibat untuk melaksanakan intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru dan seluruh warga sekolah.

“Sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi memastikan semua aspek terkait kes ini dapat disiasat secara tuntas, telus dan adil.

“Kes ini sedang berada dalam siasatan pihak berkuasa. Suspek telah ditahan polis. KPM akan bekerjasama penuh dalam proses siasatan yang sedang berjalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Sebelum ini, kementerian itu memaklumkan akan melakukan satu sidang media khas pada jam 5 petang ini.

Sidang media itu akan dipengerusikan oleh Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad bertempat di ibu pejabat KPM di Putrajaya.

“Sidang media ini akan disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad,” maklum kenyataan tersebut.

Sumber: Bernama TV

BACA: 6,000 Pelajar Dijangkiti Influenza, Sekolah Diarah Ikut Garis Panduan KKM – KP Pendidikan

BACA: Pelajar Perempuan Maut Ditikam Di Petaling Jaya