Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sesuai Dijadikan Kudapan Musim Hujan, Ini Resipi Mudah Cucur “Crab Stick”

Azzwin
cucur crab
Gambar: Che Sayang Kitchen

Sesuai Dijadikan Kudapan Musim Hujan, Ini Resipi Mudah Cucur “Crab Stick”

Setiap kali hujan turun, suasana yang sejuk dan mendamaikan sering membuat kita rindu untuk menikmati hidangan panas yang boleh menghangatkan tubuh badan.

Waktu begini, menikmati sesuatu yang digoreng rangup memang seakan menjadi peneman ‘wajib’ di meja makan.

Hidangan ringkas seperti cucur bilis dan cekodok pisang sudah semestinya menjadi pilihan ramai pada musim hujan. Namun, bagi yang ingin cuba sesuatu yang sedikit berbeza, terdapat juga cucur crab stick atau jejari ketam.

Seiring dengan peredaran zaman, cucur jejari ketam merupakan kudapan moden yang kian digemari ramai. malah ia sebenarnya sangat mudah untuk disediakan.

Jadi, SK kali ini akan berkongsi resipi mudah cucur jejari ketam yang diambil daripada pengguna akaun TikTok @Che Sayang Kitchen.

Bahan-bahan yang perlu disediakan

Untuk menyediakan cucur jejari ketam, anda memerlukan dua cawan tepung gandum, setengah tiub pati ikan bilis, sedikit garam, bawang merah yang dihiris dan satu genggam daun kucai.

Kemudian, sediakan bahan utamanya iaitu jejari ketam yang dipotong kecil. Akhir sekali, jangan lupa sedikit air panas sebagai rahsia untuk mendapatkan tekstur cucur yang sempurna.

Cara membuat cucur jejari ketam

Mula-mula, masukkan dua cawan tepung gandum ke dalam mangkuk besar. Kemudian, setengah kiub pati ikan bilis dan sedikit garam.

Diikuti dengan hirisan bawang merah, satu genggam daun kucai dan jejari ketam yang sudah dipotong. Kemudian, tuangkan sedikit air panas dan gaul adunan hingga sebati.

Apabila adunan sudah kelihatan sekata, tambahkan lagi sedikit air panas. Air panas di tuangkan sedikit demi sedikit untuk mengelakkan adunan terlalu pekat atau terlalu cair.

Panaskan minyak dalam kuali dan goreng adunan hingga keperangan. Sekiranya cucur sudah garing dan naik bau, angkat dan toskan minyaknya.

Cucur crab stick sedia untuk dihidang bersama minuman panas. Aroma yang wangi dan rasa yang enak ini sesuai dinikmati ketika musim hujan. Selamat mencuba.

BACA: Resipi Mudah & Cepat, Ini Cara Buat Kari Sotong Ala Mamak Di Rumah

BACA: Resipi Agar-Agar Strawberi Susu, Pemanis Mulut Segar & Sedap

BACA: Resipi Sos Bawang Putih, Peminat Nasi Arab Boleh Cuba

Sumber: Che Sayang Kitchen via TikTok