Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Suami Pilot Cuba Nak ‘Malukan’ Isteri, Buat Netizen Sendu

suami pilot
Gambar: TikTok @itbetrissy

Suami Pilot Cuba Nak ‘Malukan’ Isteri, Buat Netizen Sendu

Bila naik kapal terbang, biasanya kita dah terbiasa dengan suara pilot yang buat pengumuman ringkas sebelum berlepas.

Tapi, lain pula yang berlaku dalam satu penerbangan ini apabila pengumuman yang dibuat bukan saja buat penumpang lain tersenyum. Malah, mencipta kenangan paling manis buat seorang wanita bergelar isteri.

Special guest on board…” – Pilot

Dalam satu video tular di media sosial, kelihatan seorang wanita merakam reaksinya apabila mendengar suara pilot membuat pengumuman. Namun, pengumuman itu sebenarnya datang daripada suaminya sendiri.

Lebih manis, wanita itu turut berkongsi bahawa ia merupakan penerbangan penumpang pertamanya bersama suami sebagai juruterbang.

Semestinya, si suami tidak melepaskan peluang untuk menjadikan momen itu lebih bermakna.

“Kita ada seorang tetamu istimewa dalam pesawat hari ini. Isteri saya sedang duduk di barisan 9, tempat duduk A.

“Sila berikan tepukan gemuruh untuk ‘memalukan’ dia sedikit. Terima kasih, saya mungkin akan ‘kena’ lepas kita mendarat nanti,” katanya berseloroh.

Tepat saja ayat itu habis, seluruh kabin bergema dengan tepukan dan gelak tawa penumpang lain.

Si isteri yang duduk di tempatnya hanya mampu menutup muka sambil tersenyum malu, namun jelas terlihat riak bahagia di wajahnya.

Netizen ‘cair’ tengok gelagat suami isteri ni

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dan ‘cemburu’ melihat kemesraan pasangan itu.

Ada yang kata mereka pun nak ‘dimalukan’ cara romantik begitu. Ada pula yang sempat bergurau tentang tempat duduk si isteri.

“Saya pun nak dimalukan begini.”

“Kenapa dia tak duduk sekali di bahagian depan dengan suami?”

“Bayangkan kalau dia tersilap umum nombor tempat duduk…”

BACA: Lelaki Indonesia Hairan, Kongsi Hal Serius Soal Malaysia

Sumber: TikTok @itbetrissy