Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: Astro Awani
Tiada Kategori

JKM Umum Kad OKU Versi Kod QR, Ini Langkah Tukar Kad Baharu Anda

Athirah

JKM Umum Kad OKU Versi Kod QR, Ini Langkah Tukar Kad Baharu Anda

Malaysia boleh dikatakan sebuah negara yang tidak pernah mengabaikan keperluan atau kepentingan hak asasi golongan orang kelainan upaya atau OKU.

Pendaftaran OKU juga bertujuan untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi memudahkan perancangan program dan perkhidmatan berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi serta latihan buat golongan OKU.

Selain itu, golongan ini turut memegang kad OKU sebagai simbol pengiktirafan rasmi yang dikeluarkan oleh JKM, sekali gus melayakkan mereka menerima pelbagai kemudahan dan manfaat yang disediakan kerajaan.

Digalakkan menukar Kad OKU kepada versi baharu

Semua pemegang Kad OKU sedia ada digalakkan untuk menukar Kad OKU lama kepada versi baharu (Kod QR) yang memiliki ciri-ciri kod QR.

Menerusi hantaran Jabatan Kebajikan Masyarakat di Facebook, anda boleh hadir ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dengan membawa bersama Kad OKU untuk kaedah penukaran kad.

Selain itu, permohonan juga boleh dilakukan secara dalam talian melalui sistem SMOKU di laman sesawang https://oku.jkm.gov.my/.

Bagaimanapun, anda perlu hadir bersama dokumen dan borang yang lengkap ke PKMD berdekatan untuk proses selanjutnya.

Dokumen yang diperlukan

Menurut JKM lagi, sekiranya laporan perubatan sebelum ini telah mengesahkan sub kategori OKU, anda tidak perlu lagi untuk berjumpa atau mendapatkan pengesahan semula oleh doktor.

Borang BPPOKU (Pindaan 2/2019) yang memerlukan pengesahan pegawai/pakar perubatan terutama bagi OKU yang tidak mempunyai kategori dan sub kategori untuk Kad OKU lama yang didaftarkan sebelum tahun 2011.

Kemudian, anda cuma perlu sediakan salinan MyKad/MyKid/Sijil lahir dan Kad OKU lama.

Selain itu, gambar pasport berlatar belakang biru sekiranya ingin menukar kepada gambar yang baharu.

JKM turut memaklumkan penggantian Kad OKU baharu tidak memerlukan pengesahan semula oleh Pengamal Perubatan / Pegawai Perubatan / Pakar Perubatan dan kelulusan Pendaftar kecuali pemegang Kad OKU lama sebelum tahun 2011 dan terdapat perubahan pada kategori dan sub kategori OKU.

Ciri-ciri Kad OKU baharu

  • Reka bentuk baharu yang lebih praktikal

  • Ciri keselamatan yang ditingkatkan.

  • Mudah digunakan bagi urusan rasmi dan pengesahan.

  • Kod QR boleh diimbas bagi menentukan pendaftaran OKU

Menurut JKM, tiada tempoh masa yang ditetapkan dan mereka boleh memohon pada bila-bila masa.

BACA: Pemohon Dikehendaki Daftar Akaun MySTR Baharu Bagi Permohonan STR 2026

Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat