Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Dari dapur keluarga hingga ke lebuh raya yang sibuk, setiap perjalanan pulang menjelang Deepavali membawa satu kisah yang penuh makna.
Bagi rakyat Malaysia seperti Sathiya, Presanna dan Arvin, Pesta Cahaya bukan sekadar tentang lampu yang terang, tetapi juga tentang rasa rindu, tradisi lama, dan detik bahagia bersama insan tersayang.
Pagi Deepavali bermula dengan ketenangan, keluarga bersiap untuk Ganga Snanam, mandi minyak tradisional yang melambangkan lembaran baru.
“Orang tua-tua kata sungai Ganga mengalir di setiap rumah,” ujar Sathiya sambil tersenyum. Selepas itu, rumah kembali hidup bau kari, tawa keluarga, dan sinaran pelita menyinari setiap sudut.
Bagi Presanna, Deepavali tak lengkap tanpa bunyi murukku digoreng.

“Dulu, kami sekeluarga duduk berjam-jam di dapur, membentuk murukku bersama,” katanya. Kini, walau sudah berkeluarga, tradisi itu tetap diteruskan sama ada di Kedah atau rumah mentua.
Di Sungai Siput, Arvin masih ingat sambutan Deepavali paling bermakna, membersihkan kuil bersama keluarga dan jiran sebelum menikmati jamuan tengah hari.


“Semangat tu, rasa kebersamaan tu, itulah sebenarnya Deepavali,” katanya.
Setiap sambutan bermula dengan satu perjalanan. Dari lebuh raya ke jalan kampung, ramai sanggup menempuh kesesakan semata-mata untuk pulang ke pelukan keluarga.
“Walaupun penat, bila sampai dan nampak wajah keluarga, semuanya berbaloi,” kata Presanna.
Gunakan kod CPREDBUS untuk nikmati diskaun 30% + pulangan tunai 30% (tertakluk kepada terma & syarat).