Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bintang AF4, Lotter Meninggal Dunia
Dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian penyanyi dan bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Lotter P. Edwin Edin, yang meninggal dunia malam tadi di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Sabah.
Berita sedih itu dimaklumkan oleh adik beliau melalui hantaran di media sosial yang menyatakan Lotter, atau mesra dikenali sebagai Dudu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.13 malam.
“Dukacita dimaklumkan, abang saya, Lotter, telah meninggal dunia pada 18/10/2025, jam 10:13pm di QEH 1. Please remember him in your prayers,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Lotter, yang dilahirkan pada 30 April 1982, mula dikenali ramai selepas menyertai program realiti popular Akademi Fantasia musim keempat pada 2006, di mana beliau muncul sebagai naib juara.
Dikenali dengan personalitinya yang ceria dan bersahaja, beliau meninggalkan kesan tersendiri di hati peminat.
Pada 2023, Lotter kembali mewarnai dunia muzik bersama kumpulannya, The Divine Master, menerusi pelancaran single berjudul “Kemarin Mengecewakanmu”, selepas hampir 15 tahun menyepi daripada industri hiburan.
Selain bergelar penyanyi, mendiang juga pernah berkhidmat sebagai penyampai radio di Suria FM Sabah dan Kupikupifm.
Sejak awal pagi tadi, media sosial dibanjiri dengan ucapan takziah dan doa daripada rakan artis serta peminat yang menzahirkan rasa sedih dan kehilangan atas pemergian beliau.
BACA: Mayat Dua Beranak Ditemukan Dalam Rumah Dipercayai Dibunuh
BACA: Dua Maut, Lima Nyaris Lemas Di Pantai Penunjuk
BACA: Sepucuk Pistol Ditemukan Dalam Beg Galas Hitam – Pegawai Polis
Sumber: Sabah Media