Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Nak Tarik Pokok Halang Jalan, Tiba-tiba Abang Ni ‘Lesap’ Sekali Dengan Pokok
Kaum Adam ni memang lain macam. Waktu nak serius pun boleh sempat buat lawak. Kadang-kadang bukan sengaja nak buat orang ketawa, tapi cara mereka menyelesaikan sesuatu situasi tu memang takkan terjangka oleh sesiapa.
Itulah yang terjadi dalam satu video tular baru-baru ini apabila seorang lelaki dengan niat nak bantu tolong, akhirnya buat ramai gelak tak kering gusi.
Dalam video yang dimuat naik ke TikTok, pada awalnya semua nampak biasa saja. Kelihatan sebatang pokok tumbang melintang di tengah jalan, menghalang laluan kenderaan.
Macam biasa, abang ni pun dengan niat murni turun dari kenderaan untuk singkirkan pokok tu supaya orang lain pun boleh lalu dengan selamat.
Tapi siapa sangka, sebaik saja abang ni tarik dahan pokok tu, tiba-tiba dia terus ‘lesap’ ke dalam semak di tepi jalan. Tak cukup dengan itu, beberapa saat kemudian, pokok yang tadi tengah melintang tu pun ‘hilang’ sekali. Dua-dua ghaib serentak.
Kalau tengok video tu, memang tak boleh tahan ketawa. Suara akak yang merakam video tu pun kedengaran berdekah sampai macam nak habis oksigen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan aksi tak sengaja abang ni. Ada yang siap buat teori sendiri pasal ‘kehilangan misteri’ tu.
“Demi mengelak malu, dia tarik pokok tanpa nampak muka.”
“Yang lawaknya dia dah hilang jejak pun still tarik pokok tu.”
“Macam cerita kartun eh. Part pokok bergerak ke dalam tu lagi mengekek gelak.”
“Pandailah abang ni coverline, terbaik daripada malu baik cover terus.”
“Bang… Kalau dari awal kau tarik macam tu bang tanpa patahkan dahan, kau takkan kena gelak sampai habis oksigen akak ni.”
Ramai juga yang puji sikap abang ni yang tak teragak-agak nak tolong walaupun akhirnya dia sendiri ‘tumbang’ dulu.
BACA: Terhibur Tengok Gelagat Jiran-Jiran Ni ‘Bergosip’ Pagi-pagi Buta
Sumber: TikTok @mdfakriabdullah