Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

“Rare” Betul, Idea Pengantin Ni Buat Tetamu Terkejut Tengok Isi Goodies Bag
Setiap kali menghadiri majlis perkahwinan, pastinya para tetamu tidak pulang dengan tangan kosong.
Lazimnya, tuan rumah akan menghulurkan goodies bag atau beg sagu hati sebagai tanda penghargaan atas kehadiran tetamu memeriahkan majlis.
Walaupun kecil nilainya, pemberian ini melambangkan keikhlasan serta rasa terima kasih pasangan pengantin terhadap para tetamu yang sudi meraikan hari bahagia mereka.
Seiring dengan peredaran zaman, isi goodies bag kini semakin unik dan tidak lagi terhad kepada cenderamata biasa.
Ada pasangan yang tampil dengan idea luar jangka seperti memberikan sayur-sayuran segar, tisu, dan pelbagai barangan harian yang lebih praktikal kepada tetamu.
Namun, lain pula ceritanya bagi pasangan pengantin ini kerana mereka tampil dengan idea yang cukup ‘rare’ apabila memilih untuk memberi barangan luar jangka kepada para tetamu.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @vona.rahim di TikTok, kelihatan seorang wanita berada di dalam kereta sambil menunjukkan barangan yang diterimanya daripada goodies bag tersebut.
Apabila dia mengeluarkan barangan daripada goodies bag itu, ia ternyata berisi pita pengukur dan tukul besi, sesuatu yang jarang diberikan kepada tetamu majlis perkahwinan.
Dalam masa yang sama, @vona.rahim turut sempat mengucapkan terima kasih kepada pasangan pengantin atas pemberian goodies bag yang unik itu.
Difahamkan, salah seorang daripada pasangan pengantin tersebut merupakan pemilik sebuah kedai perkakasan (hardware).
Justeru, tidak hairanlah apabila mereka memilih untuk menjadikan barangan perkakasan sebagai isi goodies bag yang diberikan kepada para tetamu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberi pelbagai reaksi.
Ada yang memuji keunikan idea pasangan pengantin itu, manakala segelintir pula berkongsi pengalaman yang sama mendapat barangan perkakasan.
“Abang saya main kompang kat situ, bawa balik hammer. Betul rare ye goodies nya,” komen seorang wargamaya.
“Saya datang tadi pun dapat juga. Terkejut mak saya. Mak saya cakap bagus juga kebetulan pita pengukur rosak,” komen seorang lagi wargamaya.
Sumber: @vona.rahim via TikTok