Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: @humairaumar1618 via TikTok
Tiada Kategori

Lima Hari Tak Jumpa, Reaksi Anak Lepas Nampak Ayah Di Tepi Jalan Buat Ramai Sebak

Athirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Lima Hari Tak Jumpa, Reaksi Anak Lepas Nampak Ayah Di Tepi Jalan Buat Ramai Sebak

Lelaki bergelar ‘Ayah’ merupakan seorang insan yang begitu bermakna dalam kehidupan kita, bermula dari saat kita dilahirkan sehinggalah kita menghembuskan nafas terakhir nanti.

Ayah bukan sekadar pencari nafkah, malah dialah pelindung, pendidik, pembimbing dan sumber kekuatan keluarga. Siang dan malam, seorang ayah tidak pernah mengenal erti penat dalam usahanya mencari rezeki untuk keluarga

Pengorbanan seorang ayah sering kali tidak diungkap dengan kata-kata, namun terserlah melalui setiap titik peluh dan kerja keras yang dilakukan saban hari.

Dalam diam, dia memikul tanggungjawab besar sebagai pelindung dan penyara keluarga, menjadi tulang belakang yang sentiasa berdiri teguh walau dalam kesusahan.

Anak menangis bila dapat jumpa ayah di tepi jalan

Baru-baru ini, sebuah video di media sosial telah menyentuh hati ramai apabila kelihatan si ibu dan dua anaknya tidak dapat menahan air mata sebaik melihat ayah mereka di tepi jalan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @humairaumar1618 di TikTok, si suami sebenarnya ingin berjumpa sebentar dengan keluarga sebelum meneruskan tugasan, tanpa pengetahuan anak-anak sebagai satu kejutan istimewa buat mereka.

Difahamkan, suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori ketika itu dalam perjalanan menghala ke Beserah, Kuantan.

Video berdurasi satu minit 21 saat itu memaparkan anak lelakinya melambai ke arah lori sambil menjerit memanggil “ayah”.

Namun, si bapa sempat membalas dengan memberi isyarat lampu tinggi sebelum memberhentikan lori di tepi jalan berhampiran kereta mereka.

@humairaumar1618 berkata, dia memberhentikan kereta di tepi jalan tanpa memberitahu apa-apa kepada anak-anak.

Mereka pada mulanya kelihatan hairan dan sibuk bertanya mengapa kereta tiba-tiba berhenti. Namun, sebaik sahaja terlihat kelibat ayah mereka yang sudah lima hari sibuk bekerja tanpa cuti, suasana terus bertukar hiba apabila tangisan kerinduan tidak lagi dapat dibendung.

“Sekali dah jumpa ayah, gugur lah air mata kakak. Umar pula jarang menangis, tetapi kalau dah lama sangat ayah tak balik, ada masanya dia akan menangis juga,” ujarnya lagi.

Apabila kamera dipalingkan ke arah anak perempuan, kelihatan dia tidak dapat menahan sebak dan terus mengelap air mata sebaik sahaja dapat berjumpa dengan ayahnya yang sudah beberapa hari tidak pulang.

BACA: Tak Sangka, Mat Saleh Dedah Sebab Malaysia Jadi Tempat Terbaik Belajar Bahasa Inggeris

Sumber: @humairaumar1618 via TikTok