Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan Lebat Diramal Di Kebanyakan Negeri Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri dan dua Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga jam 9 malam ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak.
Manakala seluruh kawasan di Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak pula melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
“Selain itu, di Kelantan kawasan yang terlibat adalah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang. Sementara di Terengganu hanya dua daerah iaitu Dungun dan Kemaman.
“Di Pahang, daerah yang diramal hujan adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang,” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia