Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Orang KL Pindah Sabah, “Share” Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu
Hidup sebagai anak perantauan memang bukan perkara mudah. Bukan semua orang mampu tinggalkan tempat sendiri, keluarga dan ‘kebiasaan’ untuk memulakan hidup baru di negeri orang.
Ada yang jatuh, ada yang bangkit semula. Tapi di sebalik semua itu, setiap perantau punya sebab dan impian yang membuatkan mereka terus kuat.
Begitu juga dengan kisah seorang pemuda asal Kuala Lumpur ini. Berpindah ke Sabah, dia nekad memulakan lembaran baru dalam hidupnya di Negeri Di Bawah Bayu itu.
Dalam perkongsiannya di Threads, pemuda ini berkongsi bahawa dia ke Sabah bukan sekadar untuk mencari suasana baru.
Sebaliknya, untuk mencari versi dirinya yang sebenar, sesuatu yang katanya mungkin tidak pernah ditemuinya di Kuala Lumpur.
Namun, dia akui pada awalnya, rasa takut itu tetap ada. Takut tidak diterima, takut dianggap orang luar dan takut kerana tidak tahu bahasa tempatan. Tapi semua sangkaannya meleset.
“Awalnya, saya takut orang sini tak terima saya sebab saya dari KL dan tak pandai cakap loghat Sabah. Tapi, saya silap.
“Orang sini semua ramah dan mesra. Kat sini, kaum dan bangsa langsung tak jadi penghalang. Semua boleh duduk minum sama, borak, gelak, tak ada drama,” katanya.
Tidak berhenti di situ, bagi pemuda ini, kehidupannya di Sabah membuka mata dan jiwanya tentang erti kehidupan yang sebenar.
“Saya jumpa kedamaian di sini. Kedamaian yang sebenar. Antara aktiviti dart, kenduri kahwin dan momen spontan dengan ramai yang kini rasa macam keluarga sendiri.
“Kalau saya tinggalkan Sabah satu hari nanti, yang paling saya akan rindukan ialah orang-orangnya,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, pemuda ini sempat menitipkan pesanan buat mereka yang masih menyimpan tanggapan stereotaip terhadap Sabah.
“Datanglah sini dan tengok sendiri,” katanya.
Hakikatnya, kita semua pernah mendengar pelbagai cerita tentang tempat yang mungkin belum pernah kita jejakkan kaki pun.
Namun, kadang-kadang apa yang kita dengar tak sama dengan apa yang kita rasa sendiri.
Bila kita sendiri melangkah dan melihat dengan mata hati, barulah kita sedar bahawa setiap tempat punya pesonanya yang tersendiri.
BACA: Nak Tarik Pokok Halang Jalan, Tiba-tiba Abang Ni ‘Lesap’ Sekali Dengan Pokok
BACA: Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin, Tiba-tiba Parcel Sampai
BACA: Wanita Kongsi Detik Ngeri ‘Hilang’ Dalam Hutan, Lalu Jalan Kubur Lama
Sumber: Threads @thenazreen