Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Wanita Kongsi Detik Ngeri ‘Hilang’ Dalam Hutan, Lalu Jalan Kubur Lama

Hannah
hilang dalam hutan
Gambar: Fadylla Ism via Kami Penduduk Semenyih ( Rasmi )/FB
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Wanita Kongsi Detik Ngeri ‘Hilang’ Dalam Hutan, Lalu Jalan Kubur Lama

Kebanyakan daripada kita memang bergantung sepenuhnya pada aplikasi Waze atau Google Maps setiap kali nak ke tempat yang belum pernah dilalui.

Mudah, cepat dan biasanya tepat. Itulah sebab ramai pengguna, terutama kaum wanita, menjadikannya peneman setia di jalan raya.

Namun, siapa sangka, aplikasi yang sepatutnya membantu boleh pula ‘menyesatkan’ sampai ke tengah hutan?

Itulah pengalaman ngeri yang dilalui oleh seorang wanita ini, apabila perjalanan pulang yang sepatutnya hanya 16 minit bertukar menjadi detik cemas selama beberapa jam.

“Saya, anak buah dan baby saya yang baru berusia 3 bulan malam tadi…”

Menerusi perkongsian di Facebook, wanita berkenaan menceritakan semula detik cemas yang dialaminya malam kejadian.

“Terima kasih polis Semenyih, polis Kajang dan pasukan bomba yang dah selamatkan saya, anak buah dan baby saya yang baru berusia tiga bulan malam tadi. Terutamanya dua polis peronda yang akhirnya dapat jumpa kami,” tulisnya.

Katanya, kejadian berlaku sekitar jam 7 malam apabila dia dalam perjalanan pulang selepas menghantar pembantu rumah ke Kampung Batu 3, Semenyih.

Disebabkan pertama kali ke kawasan itu, dia menggunakan Waze untuk panduan jalan balik ke rumah di Diamond City.

“Dalam Waze cuma ambil masa 16 minit,” jelasnya.

Namun, perjalanan yang mulanya nampak biasa bertukar pelik apabila Waze mula membawa laluan melalui kawasan perkuburan lama yang sunyi sepi.

Tiada satu pun kenderaan lain kelihatan, hanya kubur, pokok dan suasana yang semakin gelap.

Berdebar dan mula rasa tak sedap hati, wanita itu cuba mencari jalan keluar. Tapi semakin dicari, semakin dalam pula dia masuk ke kawasan yang kelihatan seperti hutan tebal.

“Jangan tanya saya hutan mana, memang tak tahu. Line pun tak ada, harapkan kecemasan 999. Panggilan yang masuk semua putus-putus.

“Yang saya ingat kiri sungai. Jalan berlubang-lubang, cuma sebesar laluan motor. Pokok dan semak samun.

“Saya tak dapat dan tak jumpa jalan keluar bila dah bertemu penghujung jalan berlubang besar dan sangat dalam. Kereta lowered jangan cerita, memang pecah.

“Anak nangis tak berhenti dan saya pula anxiety. Tercungap-cungap nak cari nafas. Allah je tahu, tawakal menunggu bantuan,” kongsinya.

Polis dan suami akhirnya temui mereka selepas dua jam

Selepas hampir dua jam terperangkap di dalam hutan, wanita itu akhirnya ditemui oleh dua anggota polis peronda bersama suaminya yang bergegas pulang dari tempat kerja.

“Mereka sendiri sesat cari kami dan tak sangka macam mana kereta tu lepas masuk ke dalam hutan. Dan macam mana kami boleh berada di dalam hutan. Memang bukan laluan lazim,” tambahnya.

Katanya, dia masih tidak pasti sama ada kejadian itu berpunca daripada kesilapan Waze, gangguan mistik atau mungkin kesilapan dirinya sendiri.

Trauma masih terasa, tapi syukur masih bernyawa

Yang pasti, dia bersyukur anggota keselamatan datang membantu walaupun dalam keadaan sukar.

Wanita ini mengakui masih trauma dengan kejadian tersebut. Namun, dalam masa sama, dia bersyukur kerana masih diberi peluang untuk kembali ke pangkuan keluarga bersama bayi kecilnya.

BACA: Nak Tarik Pokok Halang Jalan, Tiba-tiba Abang Ni ‘Lesap’ Sekali Dengan Pokok

BACA: Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin, Tiba-tiba Parcel Sampai

BACA: Ingatkan Dok Tarik Apa, Sekali “Zoom In” Kita Yang Ketar

Sumber: Fadylla Ism via Kami Penduduk Semenyih ( Rasmi )/FB