Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ingatkan Dok Tarik Apa, Sekali “Zoom In” Kita Yang Ketar
Macam yang kita semua tahu, ular ni bukan calang-calang haiwan. Sekali dia ‘menjelma’, habislah satu kampung boleh bertempiaran lari.
Biasanya, yang berani nak dekat cuma abang bomba, itupun sebab kita yang telefon minta tolong.
Tapi kali ini lain sikit ceritanya. Seorang abang ni langsung tak gentar berdepan reptilia berbisa, siap ‘berperang’ dengan ular besar di tengah sawah.
Baru-baru ni, tular satu rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki yang sedang bekerja di sawah padi.
Semuanya nampak biasa, hinggalah kamera “zoom in” ke arah seorang lelaki yang sedang menarik sesuatu keluar dari sawah.
Sekali tengok, memang nampak macam dia tengah tarik tali. Tapi bila diperhatikan betul-betul, barulah jelas rupa-rupanya yang ditarik tu seekor ular besar.
Situasi tu terus jadi kecoh sebab lelaki tu nampak betul-betul ‘bergelut’ dengan reptilia tu, macam tengah bertarung tarik tali lawan ular.
Ular pula nampak ‘degil’ sungguh, melingkar kuat tak nak keluar.
Tak lama lepas video tu tular, ruangan komen pun penuh dengan reaksi lucu dan kagum netizen. Ramai yang salute dengan keberanian abang tu, tapi tak kurang juga yang sempat ‘berlakon’ jadi ular dalam komen.
“Lepaskan saya…”
“Janganlah tarik-tarik, ni bukan pertandingan tarik tali.”
“Apa ini tarik-tarik, nak baliklah.”
“Ish, kita nak sorok pun tak senang.”
Tidak kurang juga, ramai yang mengingatkan supaya jangan sesekali cuba tangkap ular sendiri, walau rasa berani macam mana pun.
Dalam dunia ni memang ada ‘spesies’ manusia yang tak takut apa langsung. Tapi kena ingat, mencegah tu lebih baik daripada mengubati.
Tak semua ular bahaya, tapi bisa seekor pun sudah cukup bahaya kalau tersalah langkah. Lagi-lagi kalau kita sendiri tidak pasti jenis ular yang sedang dihadapi.
BACA: Nak Tarik Pokok Halang Jalan, Tiba-tiba Abang Ni ‘Lesap’ Sekali Dengan Pokok
Sumber: TikTok @kandaq_kcv