Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ingatkan Surat Saman, Rupanya Nota Comel Raih Dean's Award Buat Graduan UiTM Tersenyum

UITM
Kredit: Threads/ @fnieyyy

Ingatkan Surat Saman, Rupanya Nota Comel Raih Dean's Award Buat Graduan UiTM Tersenyum

Kadangkala, sekeping nota ringkas daripada orang yang tidak dikenali mampu menceriakan hari seseorang.

Itulah yang dialami seorang graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) apabila menyangka sekeping kertas yang diletakkan pada cermin keretanya merupakan surat saman, namun rupanya ia adalah ucapan tahniah daripada individu yang langsung tidak dikenalinya.

Menerusi satu hantaran di Threads, pengguna dikenali sebagai @fnieyyy berkongsi momen tersebut selepas selesai menikmati hidangan di sebuah restoran.

"Ya Allah comelnye! Tadi singgah makan Gepuk Jogja self reward. Keluar kedai ingatkan surat saman, tak expect ada yang tulis ni. Terima kasih stranger! Semoga trafik light hijau selalu," katanya.

Dalam perkongsian itu, turut dipaparkan sijil yang menunjukkan beliau berjaya menerima Dean's Award bagi program Bachelor of Fine Art di UiTM.

Lebih mencuri perhatian, terdapat sekeping nota tulisan tangan yang ditinggalkan individu tidak dikenali di cermin keretanya.

"Hi awak, congrats Dean's List! Semoga terus success. P/S: Semoga nanti selempang pink," tulis individu berkenaan.

Tidak lama kemudian, @fnieyyy memuat naik satu lagi hantaran memaparkan reaksinya selepas menyedari nota itu bukan saman seperti yang disangkakan.

"Nah la reaction. Tak rekod dari jauh sebab ingat surat saman je hahaha. Btw yang cakap fakulti art je. Meh la masuk art," ujarnya.

Perkongsian tersebut akhirnya menemukan pemilik nota berkenaan apabila seorang pengguna Threads, @dygku.afiqah, tampil menjelaskan bahawa dialah individu yang meninggalkan ucapan tersebut.

"Hi awak, ni saya yang tulis tadi. Kebetulan kami park sebelah kereta awak. Adik saya gigih carikan kertas dengan pen nak suruh saya tuliskan.

"Ada pakcik tepi kereta awak pun ingat saman tadi, sorry buat awak gelabah.

"Anyway, congrats again from us," katanya.

Dalam masa sama, seorang lagi pengguna, @anonymouslyhani, berkata idea untuk meninggalkan nota itu tercetus sebaik sahaja mereka ternampak sijil Dean's Award di dalam kereta berkenaan.

"HAHA that was us!! Technically my sister yang tulis hehe. We saw your Dean's List cert while walking back to our car and i terus cakap, 'Jom tulis something for her.'

"Nasib baik dalam beg ada kertas. Congrats again okay!! Wishing you nothing but more success & happiness after this," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut tersentuh dengan tindakan spontan dua beradik itu yang sanggup mencari kertas dan pen semata-mata untuk meninggalkan kata-kata semangat.

"Comelnya effort cari paper, pen and tulis cantik-cantik huruf satu-satu siap ada heart. Semoga pemberi will experience this kind of thing juga," menurut pengguna @jungk9ker.

Seorang lagi pengguna, @sugus_ungu, berseloroh bahawa dia juga ingin melakukan perkara sama jika mengetahui graduan berkenaan lebih awal.

"Alamak dah grad la pula. Kalau tahu akak letak dekat dashboard bas Rapid sebab tak ada kereta. Congratss," katanya.

Sementara itu, @yensieeeehm berkata dia pernah melalui situasi hampir sama namun tidak berpeluang meninggalkan ucapan kepada individu berkenaan.

"Sepatut saya buat macam ni dulu-dulu. Tapi saya pergi simpan dalam fail letak dekat seat belakang. Hm rugiiiii," ujarnya.

Perkongsian yang tular itu mengundang pelbagai reaksi positif daripada warga maya yang menyifatkan tindakan kecil seperti meninggalkan nota penghargaan mampu memberi kegembiraan besar kepada orang lain serta menjadi bukti bahawa kebaikan masih wujud dalam kehidupan seharian.

Sumber:@fnieyyy