Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pendaki Cedera Parah Disambar Petir Ketika Hujan Lebat

Athirah
pendaki disambar petir
Kredit: The Thaiger

Pendaki Cedera Parah Disambar Petir Ketika Hujan Lebat

Seorang wanita berusia 30 tahun dilaporkan mengalami cedera parah selepas dipanah petir ketika mendaki Gunung Doi Pui Luang, di wilayah Mae Hong Son, Thailand.

The Thaiger melaporkan mangsa adalah salah seorang daripada 20 pendaki yang datang dari Bangkok pada 11 Oktober lalu.

Difahamkan, petir menyambar kumpulan pendaki itu ketika mereka sedang mendaki ke puncak, mengakibatkan mangsa cedera parah dan tidak sedarkan diri kira-kira jam 7.45 malam. Mangsa turut mengalami melecur di seluruh badan selepas kejadian.

Manakala beberapa pendaki memberikan bantuan kecemasan awal kepada mangsa dan membawanya menuruni gunung ketika hujan lebat.

Selepas lebih dua jam, mereka tiba di kampung Ban Huai Hee, di mana ambulans sedang menunggu untuk membawa mangsa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Susulan kejadian itu, Ketua Daerah Mueang Mae Hong Son, Yutthana Chadooree memberi amaran kepada pendaki supaya mematikan telefon bimbit mereka semasa ribut petir.

Gunung Doi Pui Luang sering menjadi kawasan yang dipanah petir

Beliau menasihatkan mereka yang berada di kawasan lapang supaya mencangkung dan mengelak daripada berada dekat dengan pokok atau pondok yang tinggi kerana ia boleh disambar petir.

Penduduk kampung di Ban Huai Hee memaklumkan kepada media tempatan bahawa Gunung Doi Pui Luang sering menjadi kawasan yang dipanah petir.

Beberapa pokok pain besar di puncak gunung itu juga dilaporkan kerap disambar, manakala beberapa penternak lembu di kawasan berkenaan turut pernah maut dalam kejadian serupa.

BACA: “Saya Sangka Inilah Penerbangan Terakhir” Lelaki Kongsi Detik Pesawat Terasa Menjunam
BACA: “Rare” Betul, Idea Pengantin Ni Buat Tetamu Terkejut Tengok Isi Goodies Bag
BACA: Pelajar Menang Tuntutan Mahkamah Selepas Alami Gangguan Mental Tonton Filem Seram Di Sekolah

Sumber: The Thaiger