Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

“Serba Boleh…” Ramai Kagum Tunang Wanita Ini Baca Doa Di Majlis Pertunangan Sendiri
Apabila lelaki dan perempuan bersetuju untuk berkahwin, mereka akan mula untuk merancang perkahwinan mengikut bajet yang dipersetujui.
Bagi segelintir pasangan, mereka seboleh-bolehnya mahu menghormati adat dan tradisi yang ada. Misalnya, proses perlu dimulakan dengan merisik, sebelum mengikat tali pertunangan dan seterusnya mendirikan rumah tangga.
Majlis pertunangan pula menjadi lambang rasmi kepada ikatan itu. Detik penuh makna ini bukan sekadar pertukaran cincin, tetapi simbol penyatuan dua keluarga yang hadir membawa harapan, restu dan doa agar hubungan yang terjalin kekal hingga ke jinjang pelamin.
Tunang baca doa di majlis pertunangan sendiri
Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang mencuri perhatian ramai. Bukan kerana hiasan mewah atau acara besar-besaran, tetapi kerana momen istimewa apabila tunang kepada seorang wanita membacakan doa untuk majlis pertunangan mereka sendiri.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @n.deeeee di TikTok, kelihatan seorang lelaki yang merupakan tunangnya sedang memimpin bacaan doa di majlis pertunangan yang diadakan di sebuah rumah.
Dalam masa sama, orang ramai yang hadir dalam majlis dilihat menadah tangan serta mengikut bacaan doa.
Difahamkan, perkara ini berlaku secara spontan tanpa sebarang perancangan. Pak cik kepada @n.deeeee yang menyarankan agar doa dibacakan dan dipimpin oleh tunangnya sendiri, memandangkan dia memang seorang imam.
“Benda ni berlaku tak ada rancang apa apa pun. Pak cik saya suruh dia baca doa, sebab tunang saya memang seorang imam,” jelasnya.
Menurut @n.deeeee, tunangnya merupakan seorang imam di Klang, Selangor.
Video tersebut mencecah 195 ribu tontonan setakat ini
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberi pelbagai reaksi. Kebanyakannya kagum dan memuji detik yang menyentuh hati itu.
“Mana jumpa lelaki macam ni kak? Kalau ada lebih tak minta banyak. Nak satu je,” komen seorang wargamaya.
“Mantap bakal suami hang syukur Alhamdulillah serba boleh,” komen seorang lagi wargamaya.
BACA: Basikal “Modify” Ni Boleh Tahan Gaya, Tapi Cara Lelaki Kayuh Buat Netizen Ketawa
BACA: “Macam Pakai Botox…” Lelaki Tak Sangka Jadi ‘Mangsa Terpilih’ Sengatan Serangga Ini
BACA: Ramai Salah Faham, Mekanik Dedah Cara Bezakan Bateri “Kong” Dengan Alternator Rosak
Sumber: @n.deeeee