Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Bekas Ahli 2NE1, Park Bom Fail Saman 64,272 Trilion Won Terhadap YG Entertainment

Athirah
Park Bom saman YG Entertainment
Kredit: Allkpop

Bekas Ahli 2NE1, Park Bom Fail Saman 64,272 Trilion Won Terhadap YG Entertainment

Bekas anggota kumpulan 2NE1, Park Bom didakwa memfailkan tuntutan mahkamah terhadap bekas CEO YG Entertainment, Yang Hyun-suk atas dakwaan penipuan dan pecah amanah.

Menurut portal Allkpop, tuntutan itu mendakwa bahawa Yang gagal membayar pendapatan yang sepatutnya diterima oleh Park Bom daripada pelbagai aktiviti, termasuk keluaran muzik, persembahan, siaran, iklan, acara, penulisan lagu dan gubahan.

Jumlah keseluruhan tuntutan itu menjadi tumpuan utama kerana nilainya yang dianggap tidak masuk akal, iaitu mencecah 64,272 trilion ratus juta won.

Pada 22 Oktober lalu, Park Bom dilaporkan telah berkongsi gambar salinan aduan tersebut di Instagram, namun hantaran tersebut dipadam tidak lama kemudian sebelum sebarang pengesahan rasmi dibuat.

Menurut tuntutan saman itu, YG Entertainment didakwa tidak mengemukakan sebarang penyata kewangan atau membuat bayaran kepada Park Bom, menyebabkan beliau mengalami kerugian kewangan dan tekanan emosi yang mendalam.

Allkpop melaporkan pendedahan mengejutkan dokumen saman itu telah membuatkan para peminat terkejut, dengan ramai yang meluahkan kekeliruan dan kebimbangan terhadap situasi itu.

Sementara itu, Park Bom kini dilapor sedang berehat daripada semua aktiviti.

“Park Bom tidak akan terlibat dalam sebarang jadual aktiviti 2NE1 yang akan datang

“Setelah perbincangan dan menerima nasihat perubatan yang menyarankan agar beliau mendapatkan rehat serta kestabilan yang mencukupi, kami telah membuat keputusan sukar untuk membenarkan beliau berehat seketika,” kata agensinya, D-Nation Entertainment.

BACA: Inilah Impian Terbesar Ibu Bapa Yang Bekerja, Sangat Tertunggu Waktu ‘Weekend’
BACA: “Saya Sangka Inilah Penerbangan Terakhir” Lelaki Kongsi Detik Pesawat Terasa Menjunam
BACA: “Rare” Betul, Idea Pengantin Ni Buat Tetamu Terkejut Tengok Isi Goodies Bag

Sumber: Allkpop