Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PROTON Mula Eksport & Lancarkan e.MAS 7 di Mauritius

Azmil

PROTON MEMPERKUKUH PENGEMBANGAN EKSPORT DENGAN PELANCARAN E.MAS 7 DI MAURITIUS

PORT LOUIS, 23 OKTOBER 2025 – Proton International Corporation Sdn Bhd (PICSB) hari ini melancarkan secara rasmi PROTON e.MAS 7 di Mauritius. Pelancaran ini menandakan satu lagi pencapaian penting apabila negara pulau itu menjadi pasaran antarabangsa keempat menerima model EV pertama PROTON, hanya sepuluh bulan selepas pelancarannya di Malaysia. Ia juga mengikuti kejayaan kemasukan semula PROTON ke pasaran Singapura pada 18 September lalu dengan model yang sama. Kini, e.MAS 7 telah menjadi model eksport ketiga paling popular PROTON selepas Proton Saga dan Proton X50.

Majlis pelancaran yang berlangsung di Port Louis itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton International Corporation Sdn Bhd, Edmund Lim Meng Thong, serta disaksikan oleh Osman Mahomed, Menteri Pengangkutan Republik Mauritius dan Ally Dusmohamud, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Mauritius mewakili Kumpulan Autonexx. Majlis tersebut turut meraikan penyerahan kenderaan kepada sepuluh pelanggan pertama di Mauritius, mencerminkan sambutan menggalakkan terhadap e.MAS 7 walaupun sebelum pelancaran rasminya.

PROTON terus melangkah ke hadapan dalam memperluas kehadirannya di pasaran global Pelancaran e.MAS 7 di Mauritius menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha PROTON mengukuhkan kedudukan di pasaran antarabangsa serta mempercepat peralihan ke arah kenderaan tenaga baharu (NEV). Pengenalan model ini ke pasaran baharu membuktikan peranan PROTON yang semakin berkembang sebagai pemain serantau dalam industri EV, disokong oleh permintaan kukuh serta pangkalan pelanggan yang kian meningkat. Sejak diperkenalkan, lebih 6,500-unit telah dihantar ke pasaran domestik dan antarabangsa, mencerminkan penerimaan meluas terhadap model tersebut.

Perkembangan ini turut dipacu oleh pelaburan strategik PROTON dalam teknologi elektrifikasi, menerusi pengeluaran di kilang EV baharu PROTON di Tanjong Malim, Malaysia. Kemudahan ini mampu menghasilkan sehingga 45,000 unit EV setahun, menjadi teras kepada rancangan PROTON untuk mencapai 250,000 unit eksport dalam tahun-tahun akan datang, sekali gus menyokong agenda mobiliti pada peringkat global.

Dengan pengalaman lebih 35 tahun dalam industri automotif Mauritius, Autonexx terus menjadi rakan kongsi utama PROTON dalam memperkukuh kedudukan jenama dan kepercayaan pelanggan di negara tersebut. Pelancaran e.MAS 7 menjadi satu lagi pencapaian dalam kerjasama berterusan, selaras dengan visi bersama untuk memperkasa mobiliti elektrik di Mauritius.

SUV elektrik serba lengkap dengan ciri keselamatan 5 bintang dan prestasi tinggi

PROTON e.MAS 7, yang ditawarkan dalam varian Prime dan Premium, hadir dengan penarafan keselamatan 5 bintang ASEAN NCAP serta pecutan 0–100 km/j dalam masa hanya 7.1 saat. Dilengkapi unit pacuan elektrik 12-dalam-1, model ini menghasilkan 160 kW kuasa dan 320 Nm tork, memberikan pemanduan yang responsif dan lancar. Dikuasakan oleh sel bateri AEGIS Short Blade berkapasiti 60.22 kWh, e.MAS 7 mampu mencapai jarak pemanduan 410 km (WLTP), menjadikannya pilihan ideal untuk gaya pemanduan di Mauritius. Bagi memberi ketenangan kepada pelanggan, PROTON menawarkan waranti kenderaan selama 6 tahun atau 150,000 km dan waranti bateri voltan tinggi selama 8 tahun atau 160,000 km.

PROTON MEMPERKUKUH PENGEMBANGAN EKSPORT DENGAN PELANCARAN E.MAS 7 DI MAURITIUS

Page 2 of 2

Sempena pelancaran ini, Proton Mauritius menawarkan promosi pelanggan terawal untuk 30 pembeli pertama. Varian e.MAS 7 Prime dijual pada harga Rs 1,690,000 (harga atas jalan tanpa insurans) dan disertakan dengan pengecas dinding percuma serta kad e.motion percuma. Sementara itu, varian Premium berharga Rs 1,850,000 (harga atas jalan tanpa insurans) hadir bersama pengecas dinding percuma, kad e.motion percuma serta lima tahun servis percuma atau 150,000 km, yang mana terdahulu.

“Pengenalan e.MAS 7 di Mauritius merupakan sebahagian daripada strategi berterusan PROTON untuk mengembangkan portfolio EV kami di peringkat global. Setiap pelancaran baharu mengukuhkan lagi kehadiran antarabangsa PROTON dan membuktikan keupayaan kami untuk menghasilkan kenderaan yang menggabungkan teknologi, prestasi dan nilai. Kilang EV di Tanjong Malim akan menjadi pemangkin kepada pembangunan generasi baharu model elektrik untuk pasaran dunia,” kata Edmund Lim Meng Thong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton International Corporation.