Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tandas Bau Hancing & Berkerak? Anda ‘Wajib’ Cuba Cara Ini

Muhammad Farhan
tandas bau hancing
Gambar: Bernama

Tandas Bau Hancing & Berkerak? Anda ‘Wajib’ Cuba Cara Ini

Secara umum, tandas merupakan kemudahan asas yang memainkan peranan penting dalam kehidupan harian manusia.

Ia bukan sekadar tempat untuk memenuhi keperluan fisiologi tetapi mencerminkan tahap kebersihan dan kesedaran masyarakat terhadap kesihatan. Kebersihan tandas sangat penting bagi mengelakkan penyebaran penyakit.

Selain itu, tandas yang bersih dan cantik juga dapat mewujudkan persekitaran yang selesa dan sihat untuk semua.

Namun, ramai individu, khususnya golongan ibu berdepan kesukaran mencari cara berkesan untuk menghilangkan bau hancing dan kerak degil dalam tandas.

Jadi, SK kali ini ingin berkongsi dengan anda cara bersihkan tandas dengan betul menerusi perkongsian @ruangteduh.house.

Cara Membersihkan Tandas Yang Kotor

Menurut @ruangteduh.house beliau belajar cara membersihkan tandas dari seorang kenalan cleaner hotel. Tambahnya lagi, sejak dia menggunakan cara tersebut telah hilang bau pelik, bersih dan tidak tersumbat.

Ini bahan dan cara nak bersihkan tandas yang kotor:

1. Tandas Bau Hancing

  • Tiga sudu baking soda.

  • Setengah cawan cuka makan.

  • Setengah liter air panas untuk siram dan bilas.

2. Kerak Kuning Dalam Mangkuk Tandas

  • Dua sudu jus lemon.

  • Tiga sudu baking soda.

  • Satu cawan air panas.

  • Dua sudu cuka.

  • Kemudian gosok sampai hilang kesan kerak kuning.

3. Lantai Licin Dan Berminyak

  • Lima sudu sabun pencuci pinggan.

  • Tiga sudu garam.

  • Setengah liter air panas.

  • Mop lantai menggunakan air panas dan keringkan.

4. Lumut Atau Kesan Hitam Pada Jubin

  • Campurkan clorox dengan air.

  • Gosok jubin menggunakan berus.

5. Saluran Air Tersumbat

  • Setengah cawan baking soda.

  • Setengah cawan cuka.

  • Tuangkan pada saluran sehingga berbuih.

  • Kemudian flush dengan 1 liter air panas.

6. Cermin Bilik Air Kabur Atau Berkerak

  • Tiga sudu cuka.

  • Tiga sudu jus limau nipis.

  • Satu cawan air panas.

  • Hanya perlu sembur dan lap sahaja.

Semoga perkongsian tips ini dapat membantu anda. Selamat mencuba!

BACA: Wanita Maut Selepas Bersalin, Doktor Didakwa Cuai Tinggalkan Pembalut Dalam Perut

BACA: HABIB Lancar Koleksi Wafer Emas Hidupan Liar Keempat, Tanda Sokongan Terhadap Zoo Negara

Sumber: ruangteduh.house via Instagram