Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Senarai 31 Syarikat Terima Lesen Pengelola Jemaah Haji Daripada TH

Sofea
senarai 32 syarikat terima lesen
Kredit: Bernama

Senarai 31 Syarikat Terima Lesen Pengelola Jemaah Haji Daripada TH

Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan senarai 31 syarikat pelancongan yang telah diberikan lesen rasmi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH).

Ia merupakan senarai syarikat yang menawarkan pakej haji bagi musim 1447H/2026M.

Menurut Ketua Jabatan Haji, Mohd Hisham harun, penilaian telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Urusan Haji ke atas permohonan lesen daripada 60 buah syarikat.

“Setelah semakan teliti meliputi aspek keupayaan kewangan, pematuhan undang-undang, rekod pengurusan jemaah serta prestasi operasi terdahulu, 31 syarikat telah diluluskan bagi musim 1447H/2026M berbanding 37 syarikat pada musim haji lepas,” katanya.

BACA: Haji 2026: Kos, Bantuan Kewangan & Bayaran

Berikut senarai 31 syarikat yang telah mendapat lesen PJH:

1. TH Travel & Services Sdn Bhd

2. Al Balad Travel & Tours Sdn Bhd

3. Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd

4. Amani Travel Sdn Bhd

5. Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd

6. Az Safir Travel And Tours Sdn Bhd

7. Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd

8. Busyra Holidays Sdn Bhd

9. CS Holidays Sdn Bhd

10. Eiman Travel & Tours Sdn Bhd

11. Felda Travel Sdn Bhd Feld

12. Gemilang Travel And Tours Sdn Bhd

13. Harmony Excellence Holidays Sdn Bhd

14. In Saff Travel And Tours Sdn Bhd

15. Irkaz Travel & Tours Sdn Bhd

16. JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd

17. Jay Ibrahim Travel & Tours Sdn Bhd

18. Juara Travel & Tours Sdn Bhd

19. Kembara Umrah Sdn Bhd

20. KRS Travel Sdn Bhd

21. KUJDT (Tiara Mass Travel & Tours Sdn Bhd)

22. Mahabbaten Travel & Tours Sdn Bhd

23. MIMM Travel & Tours Sdn Bhd

24. Qashwa Travel Sdn Bhd

25. Rayhar Travels Sdn Bhd

26. Rehlah International Travel & Tours Sdn Bhd

27. Syarikat Pelancungan Yaskin Sdn Bhd

28. TITIM Travel Sdn Bhd

29. Tri-D Travel & Tours Sdn Bhd

30. Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd

31. Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd

“Pelantikan ini mencerminkan komitmen berterusan TH dalam memastikan PJH beroperasi mengikut piawaian, garis panduan dan syarat yang ditetapkan selaras dengan tanggungjawab TH sebagai peneraju urusan haji negara,” kata Mohd Hisham.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati terhadap tawaran pakej haji oleh pihak tidak berlesen.

Anda disaran untuk menyemak senarai rasmi PJH berlesen melalui portal Tabung Haji.

Sumber: Tabung Haji