Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
mejar fikry kembar tiga
Kredit: Mohd Fikry Amri
Tiada Kategori

Mejar Fikry & Isteri Kini Dikurnia Kembar Tiga

Sofea

Mejar Fikry & Isteri Kini Dikurnia Kembar Tiga

Setahun yang lalu, pasangan suami isteri, Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim dan Sabrina Hakiem Zaini ditimpa ujian yang memilukan apabila anak mereka yang berusia lapan bulan maut akibat lemas di taska.

Lebih menyayat apabila mereka menanti selama 13 tahun sebelum dikurniakan Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri. Namun, pasangan terbabit terpaksa menerima hakikat kehilangan anak kecil itu sekelip mata.

Namun, mereka tetap reda dan cekal menerima ujian tersebut.

Berkat doa dan kesabaran, Allah SWT telah mengurniakan tiga zuriat kepada mereka pada tahun ini. Menerusi perkongsian Mohd Fikry di Facebook, isterinya telah selamat melahirkan kembar tiga pada Jumaat.

Dia meluahkan rasa syukur dan turut berterima kasih kepada Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang telah menaja rawatan IVF

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT. Patik berdua menjunjung kasih Tuanku diatas kurniaan tajaan IVF dan sokongan moral, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang telah mendoakan untuk kesejahteraan kami.

“Sukacita saya ingin memaklumkan isteri saya telah selamat melahirkan anak kembar tiga (triplet perempuan) secara czer pada hari Jumaat (24 Okt 2025) yang mulia ini tepat jam 9.40 pagi di Hospital Melaka. Isteri dan anak-anak saya semuanya dalam keadaan baik dan sihat. Alhamdulillah,” katanya.

BACA JUGA: “Rindu..,” Nukilan Pilu Bapa Bayi Maut Di Taska Buat Ramai Sebak

Mohd Fikry juga mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Hospital Melaka yang telah membantu isterinya.

“Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada semua doktor, jururawat dan staf Hospital Melaka yang telah melaksanakan tugas dan amanah selama 73 hari isteri saya berada di dalam wad untuk pemantauan hospital sehingga tiba saat untuk isteri saya melahirkan anak-anak kami.

“Semoga Allah SWT membalas jasa kalian dengan pahala berganda dan dijadikan asbab untuk kita semua masuk syurga tanpa hisab.

“Al Fateh pasti tersenyum di taman syurga tengok mummy daddy dia sekarang ni. Rindu pada Al Fateh. Hari jumaat Al Fateh dijemput menghadap penciptaNya, jumaat juga Allah hadirkan puteri-puteri adik al Fateh kepada kami.

“Perancangan Allah adalah yang terbaik. Syukur dengan nikmatNya. Rezeki berganda datang pelbagai cara. Jangan pernah jemu memohon pertolongan kepada Allah SWT,” katanya.

Sumber: Mohd Fikry Amri