Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Setiausaha Agung FAM Tak Patut Digantung – Tunku Ismail
Pemilik kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail tidak bersetuju Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman digantung susulan isu dokumentasi pemain warisan.
“Saya rasa tidak patut Setiausaha Agung digantung kerana semua orang perlu bertanggungjawab termasuk CEO Harimau Malaya.
“Saya berharap dia tidak kena gantung lama sebab saya berharap semua orang ada untuk berbincang dan menyelesaikan mengenai isu ini (isu dokumentasi),” katanya ketika sidang media pada Sabtu.
Terdahulu, Timbalan Presiden FAM, Datuk Sivasundaram, mengumumkan bahawa Noor Azman digantung daripada tugasnya serta-merta pada minggu lalu.
Sebelum itu, FAM memaklumkan bahawa pihaknya mengenal pasti wujud kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen tujuh pemain berkenaan yang dilakukan oleh petugas pentadbiran.
FAM sebelum ini turut dilaporkan tidak menolak kemungkinan membawa perkara itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) sekiranya rayuan di peringkat FIFA tidak membuahkan hasil.
FAM dan tujuh pemain warisan negara iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melanggar Perkara 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
Sumber: Johor Southern Tigers