Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

China: Pempengaruh ‘Wajib’ Miliki Kelayakan Sah Untuk Bincang Topik Profesional

Hannah
elak kongsi media sosial
Gambar: AI/ImageFX

China: Pempengaruh ‘Wajib’ Miliki Kelayakan Sah Untuk Bincang Topik Profesional

China memperketat kawalan terhadap “influencer” (pempengaruh) dengan mewajibkan penyiar langsung (live streamer) yang membincangkan topik profesional seperti perubatan, kewangan, undang-undang dan pendidikan memiliki kelayakan sah.

Menurut Daily Express, langkah itu diumumkan oleh Pentadbiran Radio dan Televisyen Negara (NRTA) bersama Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China.

Kedua-dua agensi itu menegaskan bahawa individu yang menghasilkan kandungan khusus dalam bidang berkenaan perlu memiliki kelayakan profesional yang diiktiraf. Sebaliknya, bukan sekadar bergantung kepada populariti semata-mata.

Untuk info, peraturan berkenaan sebenarnya telah digariskan dalam Kod Etika untuk Penyiar Dalam Talian pada tahun 2022.

Namun, ia kini diperkukuh melalui piawaian profesional baharu yang diperkenalkan oleh Persatuan Industri Persembahan China (China Performance Industry Association) pada tahun 2025.

“Penyiar rangkaian” kini profesion rasmi di China

Melalui garis panduan terkini itu, istilah “penyiar rangkaian” kini diiktiraf sebagai satu profesion rasmi di China. Ia turut menetapkan tahap kemahiran dan keupayaan tertentu bagi individu yang bekerja di platform penstriman langsung dan video pendek.

Tambah Daily Express, pihak berkuasa menjelaskan bahawa langkah ini bertujuan memperkukuh profesionalisme dalam industri berkenaan.

Selain itu, ia bertujuan melindungi penonton daripada maklumat palsu serta memastikan aktiviti dalam talian selaras dengan rangka kerja tadbir urus digital negara.

Walaupun peraturan baharu itu menuntut “kelayakan yang sesuai”, ia tidak mewajibkan pemilikan ijazah universiti. Sebaliknya, penyiar hanya perlu mempunyai lesen, sijil atau kepakaran yang disahkan berkaitan bidang yang dibincangkan.

Pemerhati industri berpendapat, langkah ini menunjukkan kesungguhan kerajaan Beijing untuk memperkenalkan struktur dan akauntabiliti dalam ruang dalam talian yang sebelum ini kurang dikawal. Industri itu kini berkembang pesat dan menampung jutaan pencipta kandungan di seluruh negara.

BACA: Pesawat Terhempas Di Kenya, 12 Dikhuatiri Maut

Sumber: Daily Express