Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pesawat Terhempas Di Kenya, 12 Dikhuatiri Maut
Sebuah pesawat kecil yang dalam perjalanan dari pantai Kenya terhempas pada Selasa, dengan 12 orang di dalamnya dikhuatiri maut, lapor AFP.
Menurut pihak berkuasa penerbangan negara itu, pesawat kecil terbabit dalam perjalanan ke Kichwa Tembo iaitu sebuah lapangan terbang persendirian yang terletak di Taman Negara Maasai Mara.
Pesawat itu terhempas kira-kira jam 5:30 pagi waktu tempatan.
“Pesawat tersebut membawa 12 orang di dalamnya,” kata kenyataan dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Kenya (KCAA).
Bagaimanapun, mereka tidak memberikan butiran lanjut dan mengatakan bahawa agensi kerajaan sudah berada di lokasi untuk menentukan punca kemalangan itu.
Pada Ogos, sebuah pesawat ringan milik NGO perubatan Amref terhempas di pinggir ibu kota Nairobi, membunuh enam dan mencederakan dua lagi.
Sumber: AFP