Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Saifuddin, Mohd Shukri Digugurkan Sebagai Pengerusi PN Pahang, Perlis
KUALA LUMPUR (Bernama) — Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Seri Saifuddin Abdullah digugurkan daripada jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Pahang.
Setiausaha Agung PN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata Saifuddin akan digantikan oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Azmin berkata Majlis Tertinggi PN yang bermesyuarat pada malam ini juga menggugurkan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli daripada jawatan Pengerusi PN negeri dan digantikan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
“Pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan PN negeri-negeri berkuat kuasa pada 28 Okt 2025,” katanya dalam kenyataan.
BACA: Pelabur Sambut Baik Perjanjian Perdagangan Malaysia-AS, Ringgit, Bursa Meningkat
Sumber: BERNAMA