Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Fenomena Hujan Batu Landa Ulu Tiram Petang Ini

Sofea
hujan batu ulu tiram
Kredit: TikTok Orang Awam

Fenomena Hujan Batu Landa Ulu Tiram Petang Ini

Penduduk Ulu Tiram di Johor dikejutkan dengan kejadian hujan batu yang berlaku pada Jumaat.

Menerusi video yang dikongsikan oleh orang ramai di media sosial, kejadian hujan batu itu berlaku sekitar jam 4 petang.

Salah seorang penduduk berkata ini merupakan pertama kali dia melihat fenomena cuaca tersebut.

BACA: Ini 10 Tragedi Hujan Batu Paling Teruk & Dahsyat, Ais Gugur Sebesar Bola Lisut

Untuk pengetahuan, hujan batu berlaku ketika kejadian ribut petir yang kuat (severe thunderstorm) berserta hujan lebat dan angin kencang.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), apabila awan kumulonimbus yang aktif mencapai ketinggian 12km, suhu udara melepasi nilai ambang tahap beku dan membentuk ketulan-ketulan ais.

“Ais yang terbentuk di dalam awan turun bersama-sama hujan sebagai ketulan ais yang tidak sempat mencair sebelum sampai ke tanah,” katanya.

Selain itu, titisan hujan yang terbentuk sebagai ketulan-ketulan air batu kebiasaannya bersaiz kecil sekitar 1.5 cm iaitu sebesar guli

“Kejadian hujan batu ini lazimnya berlaku setempat (localised) iaitu kawasan yang berada di bawah awan kumulonimbus. Tempoh kejadian hujan batu juga agak singkat iaitu sekitar 10-20 minit sahaja,” ujar MetMalaysia lagi.

Terdahulu, MetMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di beberapa daerah di Johor. Ia melibatkan daerah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sumber: TikTok Orang Awam