Hari ini sekali lagi Malaysia dikejutkan dengan beberapa kawasan yang dilanda hujan batu. Video yang tular tersebut mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia, manakan tidak benda jarang-jarang berlaku kan?
Tapi tahu tak terdapat kawasan yang dilanda hujan batu sehingga mengakibatkan kerosakan teruk dan mengalami kerugian yang amat besar lagi dahsyat!
Mengeksplorasi artikel yang diterbitkan oleh Stacker, antara yang paling diingati adalah terdapat kematian seorang bayi berumur tiga tahun dalam salah satu bencana hujan batu yang melanda.
Nak tahu tragedi-tragedi hujan batu paling teruk pernah berlaku dalam sejarah Amerika Syarikat (US)? Jom ikuti senarai di bawah ini.
10 Kawasan Dilanda Hujan Batu Paling Dasyat
1. Wateree River, US
Tarikh hujan batu: 23 Jun 1784

Menurur Stacker, tragedi tersebut mencatat kematian yang tertinggi disebabkan oleh hujan batu. Sejumlah lapan individu dilaporkan mati hanya dengan sekali gelombang sahaja. South Carolina Gazette juga melaporkan bahawa saiz bebola ais tersebut mencapai ukur lilit sehingga sembilan inci.
2. Potter, US
Tarikh hujan batu: 6 Julai 1928

Hujan batu terbesar yang pernah berlaku adalah di Potter, United State pada 6 Julai 1928. Difahamkan ianya mencecah ukur lilit 17 inci dan seberat 1.5 pounds, lapor Stacker. Tidak ada yang mampu melawan saiz hujan batu di Potter sehingga berlakunya hujan batu di Coffeyville, Kansas pada tahun 1970.
3. Selden, Kansas (US)
Tarikh hujan batu: 3 Jun 1959

Salah satu hujan batu yang terbesar mengikut kuantiti hujan berlaku pada 3 Jun 1959 apabila hujan batu berukuran 18 inci jatuh ke bumi Selden, Kan. Meliputi kawasan seluas 140 persegi, ianya terlihat putih diselimuti dengan ketulan ais batu.
Menurut Stacker, ribut tersebut memusnahkan seluruh tanaman dan menyebabkan kerosakkan sehingga Rm 2 juta. Ribut tersebut berlaku lebih kurang 85 minit sekaligus menjadikan ia hujan batu paling panjang dalam sejarah Amerika.
4. Southern California, US
Tarikh hujan batu: 2 September 1960

Pada 2 September 1960, hujan batu sebesar bola golf dan besbol berlaku di Los Angeles dengan batu-batuan seberat 0.5kg.
Memetik kenyataan dari Stacker, ribut tersebut turut melanda Riverside County manakala San Bernardino mengalami guruh yang teruk.
Dengan berukuran dua hingga tiga inci, ribut tersebut merupakan ribut hujan batu terbesar yang melanda California Selatan.
5. Los Angeles County, US
Tarikh hujan batu: 1 Desember 1967

Selepas tujuh tahun ribut hujan melanda pada 1960, sekali lagi Los Angeles dilanda hujan batu besar. Seluruh daerah tersebut diselimuti dengan hujan batu menyerupai ribut salji.
Hujan batu tersebut diikuti dengan ribut petir yang teruk sehingga terdapat ribut petir yang menyambar kapal tangki minyak menyebabkan ia meletus.
6. Coffeyville
Tarikh hujan batu: 3 September 1970

Pada 3 September 1970, ribut batu besar telah melanda Amerika Syarikat dalam masa yang sama melanda Coffeyville, Kan. Hujan batu yang jatuh adalah seberat 0.7 gram dan berukur lilit 5.7 inci, ia lebih kurang saiz bola lisut!
7. Fort Collins
Tarikh hujan batu: 30 Julai 1979

Mengambil masa selama 40 minit, kawasan Fort Collins, Colorado dihujani ketulan ais batu bersaiz limau gedang. Menurut Stacker, ribut tersebut telah mencederakan seramai 25 orang. Kebanyakan mereka mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Selain itu, ribut tersebut turut mengakibatkan kerosakan pada 2,000 buah rumah dan 2,500 biji kereta. Difahamkan bayi berusia tiga bulan turut menjadi korban dalam kejadian tersebut.
8. Orient
Tarikh hujan ribut: 1 Ogos 1980

Ribut hujan batu yang melanda ketika musim panas tersebut telah menyebabkan penunggang Ferris Wheel di Orient, Iowa terkandas apabila ribut tersebut mematikan tenaga kuasa.
Akibat terdedah secara langsung, kesemua mereka ‘diserang’ oleh ketulan bebola ais berdiameter 3 inci. Dipercayai seramai 47 orang mengalami cedara parah.
9. Denver, US
Tarikh hujan batu: 11 Julai 1990

Colorado merupakan kawasan yang paling kerap dilanda hujan batu di Amerika Syarikat. Pada tahun 1990, ribut hujan batu paling dasyat melanda kawasan metropolitan Denver. Akibat dari bencana tersebut, kemusnahan bumbung dan kereta menelan kos kerugian hingga RM511 billion.
10. Wichita
Tarikh hujan batu: 19 Jun 1992

Dua ribut hujan batu telah melanda metropolitan Wichita secara berasingan selang enam jam. Hal tersebut menyebabkan kerosakan tanaman bernilai RM400 juta.
Tuaian gandum pada tahun tersebut telah musnah sepenuhnya menjadikan ia ribut hujan batu paling teruk yang pernah berlaku dalam sejarah Kansas. Ribut tersebut juga turut merosakkan 10,000 buah rumah.
Sumber: Stacker