Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

“Abah…” Anak Menangis Hiba Saat Doktor Beritahu CPR Bapa Terpaksa Dihentikan

Athirah
Anak Menangis Hiba
Kredit: @maizatulanisah via TikTok
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

“Abah…” Anak Menangis Hiba Saat Doktor Beritahu CPR Bapa Terpaksa Dihentikan

Kehilangan orang tersayang merupakan antara pengalaman paling berat dalam hidup seseorang.

Lebih-lebih lagi apabila yang pergi itu ialah seorang bapa, insan yang menjadi tempat bergantung, sumber kekuatan dan contoh teladan sejak kecil.

Bapa adalah figura yang sering dikaitkan dengan ketegasan, tanggungjawab dan kasih sayang yang tidak mudah diluahkan dengan kata-kata.

Beliau mungkin tidak selalu menunjukkan emosi, namun setiap tindakan dan pengorbanannya menjadi bukti kasih yang mendalam terhadap keluarga. Maka, ruang yang ditinggalkan amat sukar diisi apabila insan ini pergi buat selama-lamanya.

Wanita menangis hiba apabila terima khabar duka

Itulah situasi yang dilalui oleh wanita ini apabila terpaksa menerima kenyataan paling perit ketika doktor memaklumkan bahawa mereka terpaksa menghentikan cardiopulmonary resuscitation (CPR) pada tubuh arwah bapanya setelah segala usaha dilakukan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @maizatulanisah di TikTok, seorang doktor menjelaskan kepada ahli keluarga bahawa usaha menyelamatkan pesakit menerusi CPR perlu dihentikan setelah dua jam berlalu, bagi mengelakkan sebarang risiko kepada keadaan fizikal pesakit.

Difahamkan, bapanya telah pun menghembuskan nafas terakhir ketika video itu dimuat naik.

Menurut @maizatulanisah, arwah bapanya diserang sakit jantung ketika ingin mengambil wuduk di dalam bilik air dan ditemui dalam keadaan bersujud oleh ibunya, sebelum segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Abah dibawa ke hospital dan tujuan aku rekod video ini untuk mendapatkan maklumat perubatan untuk next check up abah di IJN sebab aku masih husnudzon yang abah masih hidup,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Lebih memilukan, doktor yang bertugas sempat mengucapkan maaf kepada ahli keluarga sebelum menyampaikan berita duka bahawa pesakit telah pergi buat selama-lamanya.

Dapat dilihat, @maizatulanisah memeluk ibunya sambil menangis hiba sebaik menerima berita pemergian arwah bapanya.

Wanita itu kemudian dilihat berlari memeluk ahli keluarga lain sambil memanggil nama “abah” berulang kali dalam tangisan yang penuh kesedihan.

Ramai yang mengucapkan salam takziah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut mengucapkan salam takziah dan mendoakan agar roh bapa @maizatulanisah ditempatkan dalam kalangan orang beriman, diampunkan segala dosa serta dikurniakan ganjaran syurga.

“Mohon sedekahkan Alfatihah buat abah ku, Zakaria bin Othman,” ujarnya.

BACA: Pelakon Veteran Hong Kong, Stanley Fung Meninggal Dunia

Sumber: @maizatulanisah via TikTok