Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anwar Batal Lawatan Kerja Ke Pahang Atas Nasihat Pasukan Perubatan – PMO

Hannah
nasihat perubatan anwar
Gambar: Anwar Ibrahim/FB

Anwar Batal Lawatan Kerja Ke Pahang Atas Nasihat Pasukan Perubatan – PMO

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terpaksa membatalkan lawatan kerja beliau ke negeri Pahang yang dijadualkan berlangsung hari ini atas faktor kesihatan.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, pembatalan pada saat akhir itu dibuat atas nasihat pasukan perubatan selepas beliau mengalami sakit belakang yang menyebabkan pergerakan terbatas.

“Atas nasihat doktor, YAB Perdana Menteri dinasihatkan agar mendapatkan rehat yang mencukupi,” tulis kenyataan tersebut.

Perdana Menteri turut menyampaikan permohonan maaf kepada rakyat Pahang yang telah bersiap sedia menyambut kehadiran beliau.

“YAB Perdana Menteri memohon maaf setulusnya, khususnya kepada rakyat Pahang yang telah bersiap sedia menyambut kehadiran beliau,” tambah kenyataan tersebut.

nasihat perubatan anwar
Sumber: Anwar Ibrahim/FB

BACA: Vaksin Influenza Percuma Kepada Murid Minggu Hadapan – Exco Selangor

Sumber: Anwar Ibrahim/FB