Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hilang Sejak 1 November, Polis Mohon Bantuan Kesan Adik Muhammad Rayqal Naufal
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak lelaki berbangsa Melayu yang dilapor hilang sejak 1 November lalu.
Menurut hantaran Polis Daerah Petaling Jaya di Facebook, Muhammad Rayqal Naufal Bin Muhammad Zawawie yang berusia 8 tahun dilihat kali terakhir berada di Taman Desaria, Petaling Jaya, Selangor kira-kira jam 6 petang.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan itu pada 3 November sekitar jam 2.16 pagi.
“Muhammad Rayqal Naufal berbangsa Melayu, berkulit kuning langsat, tinggi lebih kurang 130 sentimeter, berat 21 kilogram, memiliki rambut pendek,” ujar beliau.
Susulan itu, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kehilangan kanak-kanak berkenaan untuk melaporkan ke balai polis berdekatan.
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Muhammad Ainol Syafiq di talian 018-3487636 bagi membantu siasatan.

