Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Diraikan Bak Raja Sehari, “Pak Guard” Sekolah Terima Hadiah Bernilai Lebih RM2,000

Hannah
persaraan pak guard
Kredit:

Diraikan Bak Raja Sehari, “Pak Guard” Sekolah Terima Hadiah Bernilai Lebih RM2,000

Biasanya bila sebut tentang hari persaraan, kita mesti bayangkan majlis untuk guru-guru. Siap ada ucapan, nyanyian dan pelajar bawa bunga sebagai tanda penghargaan. Tapi kali ini lain betul kisahnya.

Baru-baru ini, tular satu video yang cukup menyentuh hati. Bukan guru, tapi seorang pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeli 2, Kelantan diraikan dalam satu majlis persaraan penuh meriah.

Siap ada pelamin khas, perarakan dan persembahan istimewa daripada murid-murid.

“42 tahun kahwin, pertama kali diraikan…”

Majlis istimewa itu diadakan bagi meraikan Wahab Deris, 64, yang telah berkhidmat selama 12 tahun menjaga keselamatan warga sekolah.

Dalam rakaman yang dikongsikan oleh anaknya menerusi akaun TikTok @hanistherapist, kelihatan suasana di sekolah begitu meriah.

Warga guru dan murid menanti dengan senyuman, melihat yang diraikan bersama isteri melangkah masuk bak pengantin raja sehari diiringi bunga manggar.

Lebih menyentuh hati, pelamin yang dihias indah turut disediakan khas buat pasangan itu.

“Inilah abah saya, membesarkan saya dengan hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan sahaja. Naik motor hantar saya ke sekolah. Alhamdulillah, anak-anak dah besar dan berjaya dah pun. Saya ada mama, abah yang hebat,” tulis si anak dalam kapsyen video yang tular itu.

Dalam satu lagi video, anaknya menjelaskan bahawa majlis penuh makna itu sebenarnya adalah inisiatif Guru Besar SK Jeli 2 sendiri.

Ia adalah sambutan istimewa buat ibu bapanya yang dipercayai pertama kali berkesempatan bersanding atas pelamin.

“Dulu, tiada baju pengantin, tiada majlis kahwin, tiada tetamu hadir. Berkahwin sekadarnya sahaja.

“Tetapi kali ini, satu sekolah meraikan, di atas pelaminan yang disediakan oleh pihak sekolah, diraikan dalam majlis persaraan abah 12 tahun berkhidmat.

“Pertama kali pengalaman mama abah pakai baju sedondon di atas pentas. Abah hanyalah pengawal keselamatan tetapi diraikan dalam majlis penuh gemilang,” tambah si anak.

Suasana bertambah sebak apabila murid-murid datang bersalam dan memeluk erat figura yang dianggap seperti bapa sendiri di sekolah itu.

Terima hadiah bernilai lebih RM2,000

Lebih mengejutkan, menurut perkongsian anaknya, si bapa turut menerima hadiah bernilai lebih RM2,000 daripada warga sekolah.

Hadiah yang diterima terlalu banyak sehinggakan dua buah kereta diperlukan untuk membawa semuanya pulang ke rumah.

Di kesempatan itu, si anak juga mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan semua yang mendoakan kesejahteraan bapanya.

BACA: “Disuruh buat susu anak…” – Suami ‘Mamai’ Bawa Benda Lain Masuk Bilik

Sumber: TikTok @hanistherapist